Photobucket

Saturday 21 July 2012

Menguji Kesabaran

Adoii bulan puasa ni bulan mulia..bulan baik..hari baik..betul-betul menguji kesabaran ku...Mood marah ni..sebab kena marah.Sabar je la kan..nasib la bulan puasa..adooiii tension satu badan.kita datang dengan senyuman tapi dibalas dengan muka ala-ala angry bird..Sabaq-sabaq..istigfar banyak-banyak..

Islam tidak hanya memerintahkan umatnya supaya bersabar. Malah kesabaran yang diperintahkan pada tahap yang paling tinggi iaitu tahap ‘al-musabarah’: Firman Allah dalam surah Ali 'Imran ayat 200 bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan – al-musabarah), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).


Bulan mulia ni memang kita perlu bersabar banyak-banyak walau pelbagai rintangan yang berlaku..hadapinya dengan tenang..jom kita baca doa ni kalau rasa nak marah:)

No comments: