Photobucket

Saturday 28 July 2012

MENCARI ILMU - Ibu Hamil

Ilmu ada di mana-mana..cume nak kena rajin mencari..Sejak aku hamil ni setiap hari aku selongkar isi-isi di internet untuk cari pengetahuan tentang ibu hamil..Orang yang ada ibu kadang-kadang boleh kongsi ilmu dengan ibu ..tetapi buat aku yang tidak ada ibu..ilmu ini perlu di cari sendiri..terima kasih buat ibu mertua,ibu angkat ,family aku dan rakan-rakan yang turut kongsi apa yang patut dan tak patut semasa kita hamil.Terima kasih juga Internet ,dunia tanpa sempadan..Banyak maklumat aku godek-godek di sini untuk pengetahuan diriku yang serba kekurangan nie.Untuk bacaan ku akan datang..aku senaraikan link2 website yang aku selalu layari dan terbaru dilayari..boleh kita kongsi bersama.

http://hamil.mustaffa.org/
http://www.babycenter.com.my/malay/
http://susuibu.com/
http://soontobeamummy.blogspot.com

Setakat ni..web di atas yang aku selalu godek-godek..yang lain menerusi facebook.Sama-sama kita kongsi apa yang boleh di ambil sebagai pelajaran dalam hidup kita..terutamanya untuk bakal-bakal ibu.Banyak lagi yang perlu aku cari.Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu yang baik kan..tambah-tambah bakal anak pertama.Banyak yang kita tidak tahu.

Ya Allah , Peliharalah anak yang aku kandung ini selama dia dalam perutku, sihatkan lah dia,Engkau lah sebaik-baik penyembuh,tiada lain yang dapat menyembuhkan melainkan Engkau,Penyembuhan yang tidak ada penyakit.


Ya Allah, Rupakanlah dan bentukkanlah anak yang aku kandung ini dengan rupa paras yang baik dan elok,titipkanlah dihatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.


Ya Allah,keluarkan lah ia nanti dengan sihat dan selamat
Jadikanlah ia sihat dan sempurna..Amin..amin..









No comments: