Sunday, 30 October 2011

Sayang masak sedap tak?

Ahhh tak perlu tanya Sayang masak sedap tak..kan yang tak sedap pun kata sedap..bukan apa untuk menjaga hati seorang isteri..Kalau kita seorang isteri ..bawa-bawa lah belajar masak untuk pengikat kasih sayang suami kita..Setinggi mana pun kita belajar dapur wajib tahu..kan tak berasap dapur..suami makan luar..Ada kes ambil bibik ,suami ..anak-anak makan hasil air tangan bibik..apa perasaan seorang isteri?Percayakah kita kepada bibik..bukan semua orang baik-baik belaka.Segelintir rumah tangga yang hancur disebabkan kes bibik yang suka mengambil hati suami,memasak makanan dan menggunakan ilmu sihir untuk rosakkan rumah tangga seseorang itu.Selamatkan keluarga kita.Tak semua la bibik macam tu..tapi ada kes pernah berlaku..aduh takut dengar.

Aku seronok sangat ,rasa macam nak melompat-lompat je bila Aarrijal aku memuji masakan aku..haaa..tumpang syok sendiri sat.Tapi tak selalu la dia puji..adakalanya..Perasaan kita tentu happy bangat kan bila dipuji.Hari ni aku kena puji lagi bila 1st time masak pesamah ikan kering ..selalu aku kerap masak pesamah daging.Sebab tu la hati tak keruan nak menulis topik nie..Gelak kuat sat.

Untuk tatapan para isteri..Air tangan isteri buat suami lebih-lebih menyayangi kita.Jangan biar suami kita makan di luar,kadang-kadang makanan diluar pun ada tercemar..kadang-kadang bila makan diluar jika tak bernasib baik boleh terkena santau..bukan aku nak cakap kosong..saudara aku pernah mengalaminya.Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.Sayangilah orang-orang yang tersayang.Belajarlah memasak tak rugi pun..Suami akan gembira bila isterinya pandai memasak,tentu dicanangkan kepada kawan-kawannya ,isteri aku pandai masaklah..Masakan isteri juga merupakan senjata bagi kaum wanita yang mana kita masih tidak sedari.Selain penampilan diri,sifat keibuan,layanan,.Masakan juga banyak peranannya.Omputih kata Practise makes perfect, kalau tak pandai masak,lama-lama pandailah.

 










1 comment:

Cahaya Kelembutan said...

setuju2!! mmg kena blaja masak...xkn nk bibik yg masakkan plk kn...hehe