Saturday, 13 August 2011

TOMYAM UNTUK AYAH

Ayah aku suka sangat makan Tomyam..Kalau buat tomyam tentu dia makan dengan penuh selera..bila aku tengok dia makan berselera,hati aku pun gembira..hari ini dia request untuk masak tomyam lagi..kira kali ke 2 aku buat tomyam pada bulan Ramadhan nie..Tomyam ni resepi turun temurun keluarga aku..My sis buka restoran,curi-curi resepi dia..jom belajar resepi tomyam aku..

½ ekor ayam (dipotong kecil) ..nak campur udang,sotong pn boleh
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)(aku selalu tak masukkan,sebab ayah aku tak suka bwg putih)
15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar)
2 batang serai (dititik)
1 sudu besar pes tom yam
4 helai daun limau purut
2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
3-4 cawan air
garam & perasa
sedikit minyak
sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato,cendawan)
kiub tomyam
Perasa Tomyam Thai
Serbuk HILAL


Cara-cara
Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang,(aku tak tumis,aku rebus terus ayam).
Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar).
Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau.
Masukkan cili padi, pes tom yam,kiub tomyam,perasa Tomyam Thai,serbuk hilal, garam serta perasa.
Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap.
Last sekali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.

TIPS: Tom yam yang enak, ada sedikit rasa pedas, masam dan wangi dari aroma daun limau.






1 comment:

wanie amerie said...

wah sedapnya..terliuq aku tgk.[:))]

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?f5925ab70e2382ea4f826e92051fde74