Photobucket

Friday, 26 August 2011

INHALER...Batal Atau Tak : PUASA

Ayah aku selalu penat..boleh dikatakan macam asma atau lelah.Penat orang lama nie memang susah nak cari ubat..kecian tengok dia puasa..letih sangat..terpaksa guna inhaler nie..Agak batal tak puasa..ayah aku terpaksa buka puasa kalau dia tak tahan sangat..bila aku cari info tentang kaedah perubatan moden ini..dan alhamdulillah aku dapat jawapannya..penggunaan inhaler nie tidak membatalkan puasa.



Di sini aku nak kasi info tentang kaedah perubatan moden n inhaler dan kaedah2 lain yang tidak membatalkan puasa dan dibolehkan untuk berpuasa.

Berikut ialah perkara yang diperselisihkan dari segi hukum membatalkan puasa atau tidak. Majoriti ulama dan pakar perubatan dalam persidangan IOMS ke 10 memutuskan bahawa pesakit tidak batal puasa dengan rawatan berikut:


1. Ubat asma iaitu secara inhaler, turbuhaler dan rotahaler.

2. Semua jenis ubat yang dimasukkan melalui anus (dubur).

3. Operasi pembedahan yang menggunakan bius seluruh badan (general anesthesia) yang dijalankan pada siang hari setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan. Pesakit juga tidak diberi suntikan mengandungi larutan bernutrien.

4. Suntikan untuk merawat sakit buah pinggang melalui artificial kidney (dialysis) samada peritoneal atau hemodialysis.Manakala Majlis Himpunan Fiqh Islam dalam persidangannya ke 10 telah menangguhkan 4 perkara yang diperselisihkan di atas untuk membuat kajian lanjut. Selain 4 perkara di atas, terdapat 2 lagi perkara yang belum diputuskan secara muktamad;
1. Berbekam.
2. Mengambil sampel darah untuk ujian makmal atau memindahkan daripada penderma darah atau orang yang menerima darah.

Pada pendapat aku kalau ianya digunakan untuk menahan kesakitan ia dibenarkan ,tetapi kalau untuk menambahkan tenaga kita untuk berpuasa akan membatalkan puasa kita.

sumber:google search













No comments: