Photobucket

Wednesday, 1 June 2011

Selamat Datang Ke Pulau Pinang



Baru-baru nie aku ada terbaca dalam berita harian tak salah aku, tentang saranan kerajaan menggalakkan para blogger mempromosikan tempat-tempat menarik di Malaysia..oleh sebab aku ANAK PENANG..aku nak promote la beberapa tempat menarik di Penang..memang menarik..salah satu tempat pelancongan di Malaysia yang terkenal adalah di Pulau Pinang..

BUKIT BENDERA /PENANG HILL

Buat pengunjung yang pertama kali ke Pulau Pinang seharusnya menjejakkan kaki mereka ke sini.


Pemandangan dari atas bukit dan panoramanya amat menarik sekali.




Jadual waktu keretapi bergerak - Waktu keretapi bertolak dari bawah : 6.30 am (cuti) 7.00am hari biasa dan setiap setengah jam hingga jam 9.00 pm. Sabtu : 6.30am, 6.45am, 7.00am dan setiap setengah jam hingga jam 11.00pm Tiket untuk dewasa RM4 (pergi balik / return) manakala untuk kanak-kanak 12 tahun kebawah RM2 (pergi balik / return).


TAMAN NEGARA PULAU PINANG

Taman Negara Pulau Pinang terletak di Teluk Bahang, Daerah Barat Daya. Jaraknya dari bandar Georgetown adalah lebih kurung 20 kilometer. Taman negara ini adalah seluas 1381 hektar yang merangkumi keluasan daratan dan lautan yang telah digazetkan. Taman negara agak unik kerana dalam kawasan taman negara terdapat tanah-tanah milik persendirian, seperti tanah Boon Siew di Teluk Duyung (atau lebih dikenali sebagai Monkey Beach) dan juga tanah persatuan pengakap di Pantai Pasir Pandak





Jarak Pantai Kerachut dari pintu masuk utama adalah lebih kurang 2.5 kilometer. Tetapi harus diingat bahawa ini adalah satu pendakian, bukannya jalan melenggang sahaja. Jadi, bagi yang sedikit senior dan tidak larat mendaki, mereka terus ke Pantai Kerachut dengan menggunakan bot. Senang ceritanya, ada dua cara untuk ke Pantai Kerachut: satunya adalah berjalan/hiking dan satu lagi cara adalah dengan bot yang jauh lebih senang dan memendekkan masa.




JAMBATAN PULAU PINANG


Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara. Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, iaitu memakan masa selama 3 tahun untuk disiapkan dan dengan kos sebanyak RM 850 juta.



Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara dan ketiga terpanjang di dunia. Ia adalah sepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan bahagian pulau dengan tanah besar di semenanjung.

KOMTAR 

Menara KOMTAR (Kompleks Tun Abdul Razak) terletak di Georgetown, Pulau Pinang. Menara KOMTAR merupakan bangunan tertinggi di Pulau Pinang dan ke-6 di Malaysia. Bangunan ini berbentuk segi 12. Bangunan yang menempatkan ruang pejabat ini mempunyai ketinggian 232m atau 760 kaki dan mempunyai 65 tingkat kesemuanya.




BATU FERINGGI

 Batu Feringgi terletak di sepanjang jalan pesisiran barat laut bandar Georgetown dan dipenuhi dengan resort bertaraf antarabangsa, dan merupakan pantai paling popular di Pulau Pinang.


PULAU AMAN  

  Tak ramai yang tahu tentang Pulau Aman..kerana destinasinya terletak di Seberang Perai Selatan.

Pulau Aman merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Untuk berulang alik ke pulau ini, terdapat pengkalan bot yang beroperasi setiap hari di Batu Kawan. Kedudukan Pulau Aman juga terletak di antara dua buah jambatan iaitu Jambatan Pulau Pinang (jambatan terpanjang di Asia tenggara) dan Jambatan Kedua Pulau Pinang (masih di dalam pembinaan). Pulau ini mempunyai seramai 250 orang penduduk berbangsa Melayu.

restoran terapung
mee udang Pulau Aman
 Jom jalan-jalan Penang..aku memang kaki berjalan..tapi lama sudah tak ke Pulau Aman..Banyak gak kan tempat menarik di Penang nie.

No comments: