Photobucket

Wednesday 18 May 2011

Nora Elena



KEPADA para peminat novel Alaf 21, jangan lepaskan peluang untuk memiliki novel terbaru bertajuk 'Kasih Yang Suci' hasil nukilan penulis baru iaitu Meen Zulaikha yang kini sudah berada di pasaran.


Novel yang membelai perasaan ini mampu membuatkan anda sayang untuk meninggalkan walau satu patah perkataan pun. Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Apakah kisah seterusnya? Apa yang harus dilakukan oleh Elena terhadap suaminya? Mampukah perkahwinan mereka bertahan?

Segala-galanya dalam Kasih Yang Suci. Dapatkan segera sebelum kehabisan...from karangkraft..

Ish xleh jadi nie kena dapatkan juga novel nie..tentu feeling habis laa..Tonton Nora Elena ..haih xpuas la kadang-kadang ter miss..time magrib..yang tu yang lece sikit tu..kena tunai yang wajib dulu.Tengok jalan cerita Nora Elena pun dah best..kalau dapat Novel sekali baca terus lagi best..Timie dah dapat ke novel Kasih Yang Suci..

3 comments:

fatimahzahra said...

kalau takdan, hang tgk la kat tonton.com.. ada ulangan..hehe.
geram aku kat setan aka seth tan..

CikPuanWanda said...

novel ni da kuar lama la..da pnh baca tp xingt la plak last2 jadik apa..btw cte nora elena tu adaptasi dri novel ni ke?

Aku DaN SeSuAtU said...

aar adaptasi dri novel nie..xpenah baca lgi..tapi sinopsis dia mcam best je