1. ISO;
2.Shutter Speed;
3.APERTURE.( yang saya nak terangkan)
APA ITU APERTURE?
Secara ringkas dan mudah, APERTURE adalah saiz bukaan lensa kamera ketika gambar diambil.
Secara teknikalnya pulak, jika kita lihat dalam proses mengambil gambar, cuba anda ingat balik ketika anda menekan punat/butang mengambil gambar pada kamera anda. Apabila punat tersebut ditekan, ia akan mengeluarkan satu bunyi kecil dan itulah sebenarnye saat ketika cermin pantul diangkat/dijatuhkan serta bilah aperture terbuka/tertutup.
Ketika anda menekan punat tersebut, sebenarnye ia akan menyebabkan satu ‘lubang’ dibuka untuk membenarkan sensor merekod gambar di hadapan anda. Dan saiz bukaan ‘lubang’ inilah yang dinamakan APERTURE.
Lebih besar ‘lubang’ itu dibuka, bermakna lebih besar aperture dan lebih banyak cahaya yang dapat memasuki kamera.
Lebih kecil ‘lubang' itu dibuka, bermakna lebih kecil aperture dan semakin kurang cahaya yang dapat memasuki kamera.
BAGAIMANA APERTURE DIKIRA?
Aperture pada lazimnya dilabelkan dengan panggilan dan format ‘f-stops’. Sebagai contoh, f/1.8, f/2.8, f/4, f/13 atau f/22 dan sebagainya.
Seperti dalam Shutter Speed, pergerakan satu f-stop ke hadapan (nombor f semakin mengecil) akan menggandakan (1 kali ganda) jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera.
Manakala pergerakan satu f-stop ke belakang (nombor f semakin membesar) akan mengurangkan (separuh) jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera.
CONTOH |
Kebanyakan orang keliru dengan no. aperture dan saiz bukaan lensa. Saiz bukaan lensa yang besar sebenarnya dilabelkan dengan no. ‘f-stop’ yang kecil.
Contoh mudah kita ambil, f/2 mempunyai bukaan lensa yang lebih besar berbanding f/5.6.
DEPTH-OF FIELD (DOF)
Segelintir daripada peminat kamera amatur mungkin tertanya-tanya apa beza menggunakan f/2 dan f/5.6? Jawapannya, semua itu akan memberikan kesan kepada satu istilah yang dinamakan sebagai ‘Depth-Of-Field’ atau DOF.
Apa itu DOF? DOF ialah jumlah kawasan yang berada dalam keadaan ‘sharp focus’ atau fokus yang tajam dalam gambar yang anda ambil.
CONTOH DOF |
Kita boleh lihat nombor aperture yang lebih kecil (f/2.0) akan menghasilkan ‘greater isolation’ atau 'pengasingan yang lebih baik' untuk objek yang hendak difokus dengan latar belakang.
Berbanding dengan aperture f/6.3, latar belakang gambar kelihatan lebih jelas dan tampak berbanding sebelumnya kerana DOFnya lebih besar / luas berbanding DOF untuk f/2.0
BILA HENDAK GUNA APERTURE BESAR DAN APERTURE KECILDalam ilmu fotografi, lazimnya nombor aperture yang besar (DOF besar, bukaan lensa kecil) seperti f/11, f/16 ataupun f/22 digunakan untuk mereka yang sukakan fotografi lanskap atau apa jua fotografi yang memerlukan foto yang mempunyai butiran (details) yang jelas dan fokus yang tajam. Contoh, gambar permandangan bukit bukau dan lain-lain.
Selamat mencuba untuk aku peminat dslr dan anda juga..thanks ..sumber dari fotogu.com
No comments:
Post a Comment