perahu sampai jauh
hingga ke entah laut lelah kutempuh
alangkah rindu kutambatkan sauh
merapat dan berlabuh
lautan dalam ku tempuhi
segala halangan ku gagahi
untuk bekalan anak dan isteri.
Perahu dan sauh
telah sebati dalam hidupku
merekalah teman dan kawan
di setiap kayuhan ku
destinasiku.
Pergiku bertemankan bulan
Pulangku jua bertemankan bulan
langkahku tak kira
walau sakit sihatku
demi hanya aku
seorang nelayan.
nukilan:akudansesuatu
No comments:
Post a Comment