Monday, 23 May 2011

Tentang Sahabat

Dulu aku minat sangat dengan puitis..sampai aku menulis la puitis ni..tapi buku yang aku tulis dah hilang..tak tau ke mana ia pergi..dah lama tak menulis puisi..rasa dah tak da lagi idea-idea dalam minda aku nie..aku mencari semula minat aku tu..search google je la..nak asah minat n bakat semula..
Puisi ini khas buat sahabat.
kucing pun bersahabat:)

Ya Allah,
Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi.

Ya Allah,
Saya muhasabah, menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.

Ya Allah,
Sahabat ketawa, saya gembira,
Sahabat sayu, saya syahdu,
Sahabat layu, saya pilu,
Sahabat cemerlang, saya gemilang.

 Ya Allah,
 Kawan saya, sahabat saya,
 Rahmati kami meniti usia,
 Terpisah kami di alam nyata,
 Temukan semula di taman syurga

 Ya Allah,
 Sahabat saya, buah hati saya,
 Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta,
Rajuk kami membuah ceria.

Ya Allah,
Silaturrahiim kami, ukhwah fillah,
Bermusuh kami, na`uzubillah,
Berpisah mati, inshaAllah,
Pengubat hati, do`a rabitah..

No comments: