Photobucket

Wednesday 27 April 2011

Gunung Tahan vs Gunung Kinabalu

Tetiba pula teringat gunung ganang nie..Tengok gambar2 cik Rose la nie..dah 5tahun aku tinggal aktiviti lasak yang dah sebati dengan jiwa aku..dulu sebut je kayak,hiking,climbing,tracking..muka aku xlepas..tapi sekarang entah larat ke tak ni.badan pun dah nk macam doremon dah..nak mendaki gunung ..wakaka..kuat lagi ke kaki aku nie..Aku penah naik 2 gunung je yang mencabar..tak macam cik ros dan en Izwan kita..dah lepas G7 dah..Aku nak lepas G7 mimpi laa nampaknya..tak pe laa ape2 pun 2 gunung ni pun dah cukup le..Gunung Tahan dan Gunung Kinabalu..Gunung tertinggi di Malaysia..waa dengar tertinggi tu macam mencabar je..Tapi tak mencabar sangat macam Gunung Tahan nie..Gunung kinabalu ni..kalu tak berhenti 1 hari setengah pun boleh settle naik n turun..tapi kalau Gunung Tahan..waa naik pun sudah 3 hari..turun 4 hari juga laa..memang gila2 tercabar akal,fizikal,mental dan iman..Setengah orang cakap ini kali pertama dan terakhir ..tak mau p dah..heee..

Gunung Kinabalu, Sabah. (13,455')

Gunung Kinabalu ni ape yang best nyer ekk..mungkin dari segi nama dan ketinggian nyer yang terkenal.Gunung ini diwartakan Taman Negara dan juga diiktiraf sebagai Warisan Dunia (World Heritage) mempunyai keunikan tersendiri.


Kenangan bersama di Restoran di Laban Rata

ni entah xingat tempat mana

jalur gemilang megah berkibar

depan pintu masuk

tempat penginapan kami..3jam je kat sini..Panar Laban

atas puncak gunung jam 5.00pgi

barisan pendaki


 Pendaki dikehendaki mendaftar dan mendapat permit mendaki di HQ Kinabalu Park. Waktu mula mendaki dibuka jam 8:30pagi - 12:30tgh. Kebiasaannya pendaki akan mendaki melalui Timpohon Gate. Pendaki juga boleh membuat pilihan melalui Mersilau trail, di Kundasang. Bagaimanapun sejarah pendakian Gunting Lagadan dan Sir Hugh Low bukanlah melalui kedua-dua trail ini. Setiap Checkpoint dibina pondok untuk berehat serta ada kemudahan tandas dan air.

Timpohon Gate
Pintu masuk ini hanya 4KM dari HQ Kinabalu Park. Pendaki boleh berkenderaan sendiri atau menggunakan kenderaan Kinabalu Park dengan sedikit kos dikenakan. Sebuah pondok dan pelantar dibina di pintu masuk ini.

Carson Waterfall
5 minit berjalan dari Timpohon Gate pendaki akan melintas air terjun ini. Air terjun ini tidak begitu gah tapi tetap mendamaikan hati.

Pondok Kandis/ Kandis Shelter
Hampir 1KM dari Timpohon Gate. Laluan adakalanya mendatar, adakalanya mendaki. Lereng-lereng bukit telah ditarah menjadi tangga dan disokong dengan papan.

Pondok Ubah/ Ubah Shelter
Didirikan 1.5KM dari Timpohon Gate.

Pondok Lowi
Jarak 2KM dari Timpohon Gate.

Pondok Mempening
Trail ke sini dari pondok sebelumnya penuh berbatu.

RTM Stesen - Helipad
Pendaki hanya akan lalu berdekatan RTM Stesen, bunyi generator stesen ini jelas kedengaran dari trail pendaki. Pendaki boleh melencong sebentar ke Helipad dan dapat melihat puncak kinabalu dengan jelas sekirannya cuaca baik dan tidak berawan.

Layang-layang / Layang-layang Hut
Disini didirikan pondok dan juga asrama untuk pekerja Kinabalu Park. Berada di ketinggian 2702.3m d.p.l dan hampir 4KM dari Timpohon Gate.

Simpang Mersilau
Ada papan tanda arah Mersilau. Kini sedang didirikan satu bangunan dipersimpangan trail ini dijangka siap menjelang tahun 2006.

Pondok Villosa
Menghampiri pondok ini, pokok-pokok bonsai banyak dan semakin rendah disekitar trail. Kawasan pondok ini berada dipuncak bukit dan terdedah dengan angin.

Pondok Paka
Pondok ini agak tersembunyi dibalik pokok-pokok yang tinggi menjanjikan satu suasana redup buat pendaki. Trail ke sini cukup menarik, tangga-tangga berbatu dan pokok-pokok bonsai menghiasi laluan pendaki disamping puncak Kinabalu tersergam diatas. Terdapat Gua Paka berdekatan pondok ini yang dikatakan menjadi tempat perteduhan pendaki terdahulu.

Hut (Waras, Panar Laban, Laban Rata, Gunting Lagadan, Burlington)
Hut-hut diatas adalah antara asrama untuk pendaki bermalam. Setiap satu hut terletak berdekatan walaupun di ketinggian berbeza. Paling rendah Waras Hut (3243.7m), Burlington Hut (3270.9m), Laban Rata (3272.7m), Panar Laban (3314.3m) dan paling tinggi Gunting Lagadan Hut (3323.5m). Beberapa kemudahan asas telah disediakan seperti katil, gebah/sleeping beg, bantal, dapur memasak, periuk-miuk, pinggan mangkuk, tandas dan bilik mandi. Satu Restoren ada ditempatkan di Laban Rata.

Sayat-Sayat Hut
Disini diletakkan petugas merekodkan pendaki yang mendaki ke Puncak Kinabalu dan pendaki kena melaporkan kembali apabila turun dari puncak. Bagi pendaki yang tidak mampu meneruskan pendakian boleh berehat di sini sebelum berpatah balik. Kejayaan pendaki menjejak ke puncak tertinggi juga dilaporkan disini oleh jurupandu arah masing-masing.

Puncak-puncak Kinabalu
Gunung Kinabalu berdiri megah dengan beberapa puncak. Puncak tertinggi, Low's Peak (4095m) diambil sempena nama Hugh Low. Puncak-puncak lain antaranya, Alexandra Peak (4003m), St. John's Peak (4092m), Victoria Peak (4088m), Ugly Sister Peak (4032m), Donkey Ears (4054m) yang umpama telinga keldai dan South Peak (3933m) dengan keadaan struktur batu yang unik.

Mersilau Trail
Trail ini hanya lebih 1.5KM dari Timpohon Trail. Trail ini lebih mencabar kerana pendaki kena mendaki dan menuruni cerun samaada pendaki mendaki ke Puncak mahupun sebaliknya. Sebahagian trail ini menyusuri permatang dan berlatarkan air terjun.

Jambatan Gantung (Kipuyut)
Ini antara checkpoint yang menarik di Mersilau Trail selain dari beberapa pondok antaranya Pondok Lompoyou. Jambatan sejauh kira-kira 40m ini terletak ditengah-tengah hutan merintangi jeram berbatu.

Mersilau Nature Resort
Disinilah permulaan/tamat trail Mersilau. Pejabat tempat pendaki yang melalui trail ini melaporkan diri. Hampir sama seperti HQ Kinabalu Park, Kemudahan asas seperti surau, kafeteria, bilik mandi, telefon awam turut disediakan disini. Pengunjung juga boleh melawat mini Muzium Kinabalu yang disini. Sukarnya disini, Mersilau Nature Resort jauh dari jalan utama Kinabalu-Ranau dan pekan Kundasang.

Hugh Low Trail
Trail ini juga dikenali Jejak Lagadan merupakan trail yang digunakan Hugh Low dan Gunting Lagadan semasa mula-mula menawan puncak Kinabalu. Trail ini bermula dari ketinggian 902m d.p.l. dan berkecerunan 60 darjah dan banyak melalui cerun-cerun berbatu licin serta berjuram yang dalam. Trail ini akan bertemu dengan trail Timpohon di Pondok Paka

Kg. Kiau Nuluh
Trail ini bermula dari Kg. Kiau Nuluh berdekatan sempadan Taman Kinabalu. Banyak pacat di lantai hutan ini. Pendaki boleh bermalam di Kem site pertama setelah melintasi sempadan Taman Negara. Pendaki perlu membawa khemah sendiri kerana tiada kemudahan asrama/pondok disediakan dan tiada sumber air di kem site ini. Suhu malam boleh mencecah 15darjah celcius.

Tiong-Tiong
Berada di sebelah barat gunung Kinabalu dan laluan kesini penuh dengan pokok resam kipas. Pendaki boleh bermalam di checkpoint ini. suhu malam boleh mencecah 5 darjah celsius. Tiong-tiong sebenarnya tidak begitu jauh dari stesen Komborongoh (KM2 Timpohon trail). Antara perkara menarik, pendaki boleh melihat puncak G. Kinabalu dari sudut yang berlainan sekali dan jarang dirakamkan oleh media. Terdapat sebuah kolam kecil yang dikatakan tidak pernah kering walaupun musim kemarau. Kedinginan air kolam ini menjadi sumber air pendaki. Pemandangan matahari terbenam disini juga menarik sekali.

Snow Field
Tempat ini dinamakan sempena nama lumut dari jenis Snow Fern yang banyak terdapat disekitarnya. Lumut yang bewarna putih ini seolah-olah salji yang menutupi permukaan batu.

Gua Paka
Pendakian ke sini dikategorikan laluan berbahaya dan perlu lebih berhati-hati. Laluan merentasi tebing batu yang licin dan bertumbuhan aneh. Pendaki boleh bermalam dan berteduh di gua ini. Terdapat sungai berdekatan gua dan paras air sungai berubah mengikut keadaan hujan.


Sejuk tak ingat sini..nak gosok gigi nak berwuduk pun ketaq tak ingat..memang tak dapat tidur nyenyak sini sebab menggigil2 pakai la tebal mana pun tetp sejuk..harap suatu hari nanti aku dapat ke sana lagi

1 comment:

Anonymous said...

Return to the upright position by closing your legs and bringing your arms to your sides. [url=http://www.mulberryhandbagssale.co.uk]Mulberry Alexa Bags[/url] Teachers and day care providers have become paid mothers and fathers, basically parents who change every year and surrogate a brood of children without a familial bond. [url=http://www.goosecoatsale.ca]canada goose online[/url] Ffutkeupn
[url=http://www.pandorajewelryvip.co.uk]pandora charm[/url] Arnchnimy [url=http://www.officialcanadagooseparkae.com]canada goose coats[/url] rtzdurkgr