Photobucket

Wednesday 27 April 2011

Sambungan Gunung Tahan

Tadi tentang Gunung Kinabalu..ni pula tentang Gunung Tahan yang tak tahan..memang tak tahan..segala macam ada..haaa..Kenangan pahit manis ada di sini..Di sini lah aku belajar erti kesabaran..erti kehidupan..susahnya nak dapatkan air di sini..MasyaAllah..Jumpa saje punca air terjah je..sampai tak hirau dah air tu penuh berudu..uwekkk..pa kan daya janji air..serius tak tipu..kitaorang masak mage campur air berudu..bila pikir n ingat kembali rase nak muntah je..Tapi yang terasa syahdu sangat bila kitaorang solat dengan berpakaian seluar track n tshirt tapi still tutup aurat..dengan kasut2 sekali..di mana2 je kita boleh solat..yang tu penting ..5 waktu..alhamdulillah 5 waktu kami kekalkan dalam pendakian kami..ambil air sembahyang pun dengan hanya sebotol air..dasyat2..Tak lupa juga pada guider kami yang turut bersabar dengan pasukan kami..

Kadang-kadang orang kata bodoh betol ..tak de faedah pun mendaki nie..cari bala..merbahaya..Tapi cube tanya pendaki..ape diaorang rasa ..kenapa mendaki ni jadi hobi..memang hobi masa lapang.Kita pun ada dengar orang sesat dalam hutan..orang mati laa..macam2..tapi semangat pendaki-pendaki tak penah luntur..kenapa ekk??????..



Sebenarnya bagi aku laa kenapa aku suka gunung..hutan dan seangkatan dengannya..Di sinilah ada ketenangan..tenang sangat..di sinilah kita boleh tengok keindahan alam..kebijaksanaan yang Maha Esa...Kita boleh belajar erti kehidupan..sebab kita akan rasa kesusahan untuk sampai ke puncak dan akhirnya kita berjaya tawan puncak..di sinilah mengajar erti kesabaran dan kerjasama rakan sepasukan..Memang susah nak ke puncak..sampai melecek2 luka sana sini..tapi perjalanan harus di teruskan..yang penting kita tak boleh manjakan diri kita..hahaa.mau taknya kena pula merentas anak-anak sungai..naik turun bukit..kena rock climbing tanpa sebarang safety..betol-betol mencabar fizikal dan mental..Hanya orang-orang yang pernah mendaki je tahu perasaan sangat suka n cinta alam..haa yang kelakar paling aku tak dapat lupa..masa ni dah smpai ke bawah..dah nak turun..perut aku meragam..MasyaAllah Tuhan saje yang tahu..hujung2 dah..apa lagi nasib la dekat dengan sungai...n dalam beg aku ada simpan botol air..apa lagas aku nyorok di sebalik pkok2 melepas laa..nasib la aku sorang2 je masa ni..hahaa..lawak2..itulah pengalaman aku naik gunung tahan..Tak Tahan....

Add caption




tak tau la ada berudu ke tak dalam nie:)


Gunung Tahan merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia. Gunung ini diwartakan sebagai Taman Negara diurus oleh Jabatan Perhilitan, Taman Negara Tahan.Gunung Tahan berdiri megah disamping gunung-gunung lain iaitu; G. Gedung(), G.Resket (1666m), G. Tangga 15 (1539m), G. Pangkin (1462m) dan G. Rajah (576m).

Terdapat 3 laluan atau trek untuk ke G. Tahan. Trek Merapoh. Trek Kuala Tahan dan Trek Kuala Koh. Trek Kuala Koh amat kurang dilalui pendaki atas faktor-faktor jauh dan sukar ke Kuala Koh itu sendiri.

Kebiasaannya pendaki akan melalui trek
Merapoh-G. Tahan-Merapoh,
Merapoh -G.Tahan - Kuala Tahan,
Kuala Tahan -Kuala Tahan atau
Kuala Koh - Kuala Tahan

Merapoh
Pekan kecil di negeri Pahang ini terletak diantara K. Lipis - Gua Musang. Mudah ke Merapoh menggunakan perkhidmatan keretapi. Pejabat Taman Negara Tahan ada di Merapoh untuk urusan pendakian.

Kuala Juram / Sungai Relau
Satu kem yang boleh memuatkan ramai pendaki. Kuala Juram merupakan tempat permulaan pendakian. Dari Merapoh, pendaki akan dihantar menggunakan pacuan 4 roda pihak Taman Negara Tahan. Kuala Juram menjadi tempat pembiakan ikan sungai.

Kuala Luis (306M d.p.l)
Satu lagi sungai yang perlu direntah pendaki. 5KM dari kuala Juram.

Kem Lata Luis
6KM dari Kuala Luis. Berada bersebelahn Sg. Luis yang tenang dan berlata. Berada di ketinggian 558m dpl.

Kem Kor (750m d.p.l)
Kem yang bersebelahan dengan sungai. Cukup luas untuk 100 orang berkhemah. Jarak tempuh dari Lata Luis 2.5KM.

Permatang
2.5 KM dari Kem Kor, terdapat satu kawasan khemah kecil diatas permatang.

Kubang (1406m d.p.l)
Kem ini dimanakan kubang kerana tedapat satu kubang besar di kem ini. Ada anak sungai berdekatan kem ini. Keluasan kem ini juga mampu menampung lebih 100 orang pendaki berkhemah

Belumut
Jarak 1.5 km dari Kubang. Kawasan ini sejuk dan lembab serta penuh berlumut. Terdapat lopak -lopak air dan kawasan yang boleh dipasang khemah untuk 2 -3 khemah.

Bonsai (1705m d.p.l)
Berada di ketinggian dan 5.5 km dari Belumut. Persekitaran dipenuhi pokok -pokok bonsai setinggi pinggang.

Bukit Botak
3KM dari Bonsai. Sebuah bukit yang lapang umpama botak. Kawasan lapang di sini boleh menjadi kawasan perkhemahan. Sumber air dari tadahan hujan dan lopak-lopak. Pemandangan yang menarik sekitar bukit ini.

No comments: