Tuesday, 17 July 2012

Rindu kat dia


Rindu nye kat dia adik yayan..anak menakan aku sorang ni..baru ni balik umah tokwan dok seminggu..mcm2 kerenah...agak cerdik n nakal..nama sebenar dia Ahmad Danial Al Rayyan bin Ahmad Al Hafiz..jenuh tulis dalam buku sekolah nanti..hee.Tunggu my baby lak..hee..insyaAllah bulan 12 due..Alhamdulillah setelah setahun lebih melayari alam rumah tangga..kami bakal dikurniakan cahaya mata pertama..semoga Allah mempermudahkan urusan kandunganku..setakat ni aku masih normal tiada masalah apa.Syukur sangat2 sebab tak alah.


INFO: Tip untuk ibu bapa
Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.



















1 comment:

Dylla Abas said...

wahhh...dah nak dapat baby sendiri..bestnye!! moga2 semuanya dipermudahkan ye :)