Photobucket

Sunday 15 January 2012

Dia cantik,Aku tak cantik



Istilah cantik,semua orang suka,siapa tak suka rupa paras cantik,segalanya cantik.Lihat di atas Wardina Safiyyah ..sape tak kenal.ADS suka dengan kecantikkannya,kelembutannya.Semua orang dikurniakan kecantikkan tersendiri.Ada yang cantik dalaman dan luaran,maksudnya cantik rupa paras dan sempurna kecantikan iman,hatinya.Kita kena bersyukur kalau dikurniakan kecantikkan seperti ini.Semua itu kurniaanNya.

Kadang-kadang ada orang yang menangisi dan malu terhadap dirinya sendiri kerana ketidakcantikkannya,tapi kita perlu tahu ada keindahan pada diri kita sebenarnya.Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.Allah itu maha adil.Apa yang Dia jadikan ada keistimewaannya.Jangan sedih jika diri kita kurang dari paras rupa,insyaAllah ada keistimewaan kita yang lain.


Pepatah ini ADS dapat dari FB sahabat ADS, Dari TELINGA jatuh ke HATI , itulah WANITA . mudah terpesona dengan apa yang didengarinya . akibatnya wanita sering TERTIPU antara pujian hakiki dan TIPU HELAH perangkap lelaki .

Dari MATA jatuh ke hati, itulah LELAKI mudah terpesona dengan apa yang dilihatnya, hingga kerap TERKELIRU antara indah hakiki dan palsu .

Oleh sebab itu, wanita perlu BERHATI-HATI dengan UCAPAN LIDAH yang didengarnya dan lelaki perlu MENJAGA PANDANGANNYA .

Bagi kaum lelaki jaga lah pandangan,kerana pandangan mata itu mengundang kepada dosa.Lelaki memang suka kecantikkan,tetapi AWAS carilah kecantikan yang sempurna dari segi Agamanya.

Wanita..tampillah cantik di hadapan Penciptamu kerana itu lebih bererti daripada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu. Tampillah cantik di hadapan suamimu, kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keredhaan Ilahi.

Wahai LELAKI..Pandanglah kecantikkan isteri Mu dari kamu melihat kecantikkan wanita lain,kerana memandang isteri dengan penuh kasih sayang pun sudah diberi pahala.







2 comments:

||aLeaSaRa|| said...

ye setuju entri ni...dah tekan LIKE ^*

Aku DaN SeSuAtU said...

terima kasih.semoga kita cantik dari luar dan dalam