Thursday, 5 January 2012

WELCOME 2012

Assalamualaikum semua..sudah berbulan lama nya ADS tak update blog.kesibukan membuatkan diri tidak sempat berblog.Kesibukan juga membuatkan diri ketandusan idea..hehe..Musim cuti sekolah ADS sangat sibuk disebabkan tempahan2 gambar dari customer.Musim orang kahwin.Sekarang nie baru sempat bernyawa kembali.Nak merajinkan diri kembali menulis..Mana boleh tinggal dunia blog.Blog lah tempat nak berkomunikasi tanpa sempadan.Tempat menulis sesuatu yang boleh dikongsi dengan pembaca.

 
2011 pun dah meninggalkan kita,2012 datang kepada kita,umur pun makin meningkat..Apa azam baru korang semua.Azam baru ADS cume nak lakukan sesuatu yang kurang sebelum ini..apa saja lah.Terutama sekali amalan ADS kepadaNya yang Esa.Insyaallah.

Terasa blog ADS sekarang sangat ketinggalan lamanya.Melihat blog rakan-rakan yang masih setia dengan penulisan mereka agak sedikit bersemangat untuk kembali menulis.

Selamat tahun baru 2012 buat semua,semoga tahun baru ini membawa banyak perubahan dalam diri kita,berubah kepada kebaikan..bukan berubah kepada keburukan yeah.














No comments: