Photobucket

Wednesday, 16 November 2011

ISTERI HARUSKAH DIPUKUL?

gambar dari facebook

Sedih melihat gambar di atas,sedih lagi jiwa yang menanggungnya.Isteri yang memerlukan belaian seorang suami tapi tumbukan dan pukulan yang diberi.Salah siapa?Suami kah?Isterikah?Perlukah semua ini berlaku dalam rumah tangga,mana mampu untuk bahagia jika saling tidak hormat menghormati.

Menurut Al-Qur’an, hubungan antara suami dan isteri haruslah berdasarkan sifat saling berkasih sayang dan berbaik-baik. Allah s.w.t telah berfirman di Surah Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud: “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

Tindakan memukul ni boleh sebenarnya tapi yang ringan-ringan.Perkataan “pukul” yang digunakan di sini tidak bermaksud secara fizikal. Rasulullah s.a.w telah menerangkan bahawa ia adalah “dharban ghayra mubarrih” yang bermaksud “ketukan ringan yang tidak meninggalkan kesan”. Beliau juga telah menerangkan bahawa bahagian muka harus dielak. Oleh itu, suami dilarang menampar isterinya di mukanya. Adapun ulama yang berpendapat bahawa ketukan ringan yang disebut itu adalah tidak lebih dari sentuhan dari sebuah siwak atau berus gigi.

Kaum wanita ini lemah dan istimewa sehinggakan untuk memukul pun dihadkan  hanya dengan sentuhan dari siwak atau berus gigi,aku tak dapat terima bila tengok kaum wanita dipukul seteruk ini.Mana perginya cinta yang sebelum kahwin dijaja,ditatang.Semua itu hilang bila dah kahwin.Kepada para suami dan para isteri,carilah di mana silapnya kita,untuk memperbetulkan keadaan agar kembali bercinta seperti sebelum kahwin.Itu sebab Cinta Selepas Kahwin adalah lebih Baik dan Terbaik.Tak perlu menghukum kaum wanita dengan pukulan,tumbukan dan tendangan,walau mereka memang bersalah,cukuplah dengan hukuman kecil yang tidak mencederakan.

Contohilah Rasulullah S.A.W.Baginda sendiri tidak pernah memukul seorang wanita, dan pernah bersabda bahawa sebaik-baik lelaki adalah lelaki yang tidak pernah memukul isterinya. Di dalam sebuah Hadith, beliau telah melahirkan perasaan benci terhadap kelakuan ini dan bersabda: “Bagaimanakah seseorang itu memukul isterinya sepertimana dia memukul seekor kuda lalu memeluknya? (Al-Bukhari)











2 comments:

Aiman said...

sungguh!!

pukul isteri lansung tak patut!

*dulu ada trbca cerita zaman dulu2..
ada isteri kluar rumah tnpa kbnrn, tp niat baik, yg psti, prturan ttp prturan sbb kluar rumah tnpa kbnran, suami kna hukum jugak,, tapi pukul pkai padi,, slow2..

cerita apa tah.. bnyk kli dah cuba igt.. tp tak tringt.. =.=''

Aku DaN SeSuAtU said...

geram btol dengan laki yg suka pukul perempuan,nk belasah p la msuk gelanggang ke..