Selamat di ijab kabul buat dua orang sepupu ku dan sahabat-sahabatku yang telah selamat diijab kabulkan.Selamat Pengantin Baru,Semoga berbahagia hingga ke Syurga..amin..Tadi aku ikut serta majlis Akad Nikah sepupuku,Tahniah dengan sekali lafaz dah sah menjadi suami orang.Sebelum diijabkabul, tok kadi berceramah dulu..agak panjang berjela juga la..apa yang menarik dapat aku simpan dalam kepala nie..
ISTERI AMANAH SUAMI,Setelah sekian lama ibu bapa mendidik Puteri mereka tibalah masanya anak mereka diserahkan kepada Lelaki yang bergelar Suami,Maka Puteri itu menjadi AMANAH kepada suami.Amanah yang perlu dijaga,dididik,dipelihara dengan segala kebaikan seperti mana ibu bapa mereka mendidik mereka.Amanah ini tidak boleh dipersiakan,dayus seorang lelaki jika mempersiakan isterinya kecuali sudah tidak ada lagi jalan penyelesaiannya.
AMANAH nie tak kira apa pun kalau kita tak amanah dengan AMANAH yang dipertanggungjawabkan kepada kita,berdosa kita.Bagi isteri pula,semua yang kita ingin buat kena minta restu suami dulu,nak keluar ke mesti minta izin,kalau dulu suka-suka hati nak keluar,bila dah menjadi amanah suami ,kena lah minta izin,kalau tak kering-kering je buat dosa.Baik suami atau isteri,masa bersama rakan-rakan perlu lah dikurangkan kerana tanggungjawab seorang suami atau isteri itu perlu di titikberatkan dahulu.Syurga di bawah tapak kaki suami,namun kita masih perlu hormat dan taat kepada ibu bapa kita,walaupun tanggungjawab mereka telah diambil alih oleh suami.
Begitulah yang aku dapat ambil dari khutbah nikah yang disampaikan oleh tok kadi tentang Amanah ini.Bila dengar khutbah nikah nie kadang-kadang sayu je dengar,terusik sehingga ke lubuk hati.bulu roma rasa nak tegak2 je.
No comments:
Post a Comment