Photobucket

Sunday 20 November 2011

CINTA..SEMPURNA



Kadangkala kita tidak pandai MENGHARGAI kehadiran seseorang dalam hidup kita, kita MENOLAKNYA dan mensia-siakan kehadirannya di sisi kita..dan apabila dia sudah KECEWA dengan kita, pergi menjauh dari kehidupan kita..apabila tiba satu masa kita mula menginginkannya, barulah kita SEDAR dan mula MENCARINYA semula, namun saat itu sudah TIDAK BERMAKNA lagi..kerana dia telah jauh membawa diri

 Manusia akan MENGHARGAI sesuatu apabila dia telah KEHILANGAN sesuatu..bagi diriku, biarkan cinta itu pergi..CINTA SEJATI pasti akan kembali..kerana Allah telah menjanjikan jodoh hati bagi setiap hambaNya

Kita hanya fikir kesempurnaan seseorang itu,kadang-kadang sedikit keburukan menutup kebaikan yang mereka miliki."Tak perlu mencari teman secantik Balqis, Andai diriMu tak sehebat Sulaiman.Mengapa mengharap teman setampan Yusuf, Jika kasih tak setulus Zulaikha.Tak perlu mencari teman seteguh Ibrahim,
Andai diri tak sekuat Hajar dan Dan mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah,
Kalau diri tak sesempurna Rasulullah S.A.W"
,Kita tidak mampu untuk sesempurna seperti mereka,tetapi kita mampu untuk berusaha untuk lebih baik.Jika ada kelemahan pada diri dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikkan.Carilah kebaikkan pada dirinya.Bersyukurlah kerana dapat dipertemukan dengannya dan Berdoalah agar dia menjadi milikMu selama-lamanya…….










2 comments:

dja_amiensukhri said...

Suka caption gambar tu. :)

Aku DaN SeSuAtU said...

gmbr di capture masa majlis pertunangan mbr