Photobucket

Saturday, 22 October 2011

PENSEL DAN PEMADAM


Suka sangat satu kisah yang dapat aku hayati betapa indahnya pengorbanan seseorang,dalam cerita pensel dan pemadam ini.Mempunyai maksud tersendiri.mendalam jika kita menghayatinya.Pengorbanan seseorang kepada kita yang sangat ikhlas dan telus.Seperti pengorbanan mak dan ayah kita kepada kita,walau kita seringkali melakukan pelbagai kesalahan mereka sentiasa ada dengan kita,tapi kita yang sering alpa dan lalai.Kita lupa untuk menghargai jasa mereka..

Macam-macam cerita boleh digambarkan dalam kisah pensel dan pemadam nie...Kisah yang aku reka2 sendiri:)..

Ada seorang jejaka itu sangat meminati si dara itu,jejaka itu sentiasa mengambil tahu perkembangan si dara,ke mana saja si dara pergi akan ada si jejaka,dan akhirnya si dara mengetahui yang si jejaka itu sentiasa mengikuti jejaknya..dan sehingga suatu hari mereka face to face kerana si dara sangat marah dengan jejaka itu,dengan pantasnya si dara melepaskan pelbagai kata-kata kepada si jejaka itu,siapa yang mendengarnya pasti merah padam muka,si jejaka cool saje..dengar dan diam sehingga si dara beredar dengan perasaan yang sangat dendam.

Rupa-rupanya si dara sudah berpunya, tapi si dara sentiasa je bergaduh dengan kekasihnya,sehingga suatu hari si jejaka terserempak dengan si dara dan kekasihnya,dia memerhati dari jauh,sehinggakan si jejaka terkejut bila tengok si dara di tampar oleh kekasihnya.Si jejaka mendengar dari jauh segala apa yang dipertengkarkan oleh mereka.Dan akhirnya si jejaka mendapat tahu bahawa si dara sudah bertunang..punah la harapan si jejaka.Tapi dia tidak berputus asa,dia tetap mengambil tahu hal si dara dari jauh.Sentiasa menjaga si dara dari jauh.

Pada suatu hari ,sedang si jejaka bersenam di sebuah tempat rekreasi,dia ternampak si dara tengah melukis sambil menangis,perasaan si jejaka sangat pilu dan ingin tahu kenapa si dara menangis,dia memandang si dara dari celah-celah sebatang pokok,yang kelihatan si dara tengah melukis satu pemandangan yang sangat indah tapi dalam keadaan yang sedih dan tangisan yang mencurah-curah.Hati si jejaka melonjak-lonjak ingin tahu,dengan keberanian,anak jantan katakan,si jejaka pergi menghampiri si dara,dan menghulurkan pemadam kepada si dara,kebetulan dalam beg si jejaka ada pemadam.

Si dara agak terkejut,tapi dia tidak pula memarahi si jejaka,"kenapa awak bagi saya pemadam,tengok tu lukisan kamu dah terconteng sana sini".Si dara mengesat air mata nya.Si jejaka memandang si dara dengan wajah yang agak terharu,terharu kerana si dara tidak memarahinya seperti tempoh hari.Si jejaka mengambil kesempatan itu untuk bertanya apa yang bermain-main difikirannya,rupanya si dara baru lepas putus tunang sedangkan majlisnya hanya tinggal lagi sebulan.Fikiran si dara sangat runsing,susut badannya juga agak kurus.

Si jejaka beberapa kali melakukan solat istiqarah,hatinya tetap dekat dan memikirkan si dara.Dan sehingga suatu hari si jejaka pergi semula ke taman rekreasi itu,kelihatan si dara masih dalam keadaan yang sama.Si jejaka pun menghampiri si dara,Si jejaka dengan tutur kata yang sopan dan lembut memulakan bicara.Sudikah awak menjadi isteri saya.Si dara amat terkejut dengan kata-kata si jejaka.Si dara diam.Lepas melihat si dara diam,si jejaka memberi sekeping kertas yang tertulis satu doa dan nombor telefonnya dan teru s berlalu dari situ.Doa itu adalah doa Rabitah.

Si dara pulang dengan satu persoalan.Fikiran yang semakin runsing,dan akhirnya si dara memohon hajat kepada Allah S.W.T untuk memudahkan apa yang dalam fikirannya,sedangkan majlis nya hanya tinggal 3minggu sahaja.Dia melakukan solat Hajat dan Istiqarah.Dan pada satu malam,si dara mengambil kembali sekeping kertas yang diberi oleh si jejaka,dan dia mengambil telefon bimbitnya dan mengirimkan sms kepada si jejaka.Dengan hati yang yakin dan perasaan yang tenang si dara membaca kembali apa yang di tulis nya dalam sms nya.."Assalamualaikum,Saya Awatif,Saya minta maaf banyak-banyak hal tempoh hari.Saya sudi menjadi permaisuri hidup awak."..Sms dihantar dan sampai kepada si jejaka,si jejaka dengan perasaan yang terharu dan bersyukur,membalas,"Waalaikumussalam,Saya Ahmad Muhaimin,Terima Kasih kerana sudi menjadi permaisuri hidup saya.Awak tak pernah bersalah pun dengan saya."

Pada hujung minggu itu,si jejaka bersama keluarganya menghantar rombongan meminang yang dijalankan sekali dengan majlis akad nikah,dan akhirnya mereka diijabkabulkan.Minggu berikutnya berlansung majlis perkahwinan mereka.Mereka hidup bahagia.Sepetang itu si dara tengah melukis di laman rumah mereka,si jejaka menghampiri isteri kesayangan nya dan memberi pemadam kepada isterinya."Sayang, kita bagaikan pensel dan pemadam,masing-masing memerlukan,dan saya sentiasa ada disamping awak sehingga akhir hayat saya".

TAMAT....nak sambung lagi tak..nanti2 cari ilham.

Hayati kisah pensel dan pemadam ini:)

Pensil: Saya minta maaf..

Pemadam: Untuk apa? Awak tidak berbuat apa-apa yang salah.

Pensil: saya minta maaf sebab awak cedera di sebabkan saya. Setiap kali saya membuat kesilapan, awak sentiasa ada untuk saya. Tetapi apabila awak membuat kesilapan saya tiada. Awak akan kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak akan menjadi lebih kecil dan lebih kecil lagi setiap kali di sebabkan kesilapan saya.

 Pemadam: Itu betul. Tetapi saya tidak kisah. Awak lihat, saya telah di lahirkan untuk melakukan tugas ini. Saya telah dibuat untuk membantu awak pada bila-bila masa awak melakukan sesuatu kesilapan, walaupun satu hari saya tahu yang saya akan hilang dan awak akan menggantikan saya dengan yang baru. Saya sebenarnya gembira dengan tugas saya. Saya tidak suka melihat awak sedih, dan saya berharap awak dapat teruskan perjuangan hingga ke titisan yang terakhir.



6 comments:

Unknown said...

heheh :) comel jekk mcm tu

zuera said...

swet...cite benar ke ni???

Faariis said...

hebat lagi kisah cinta salman al-farisi

Cuya said...

sedih cite die!!


jom bace cite dongeng saya yg mndpt tempt kedua :]





Jom nak kita join lucky draw?

http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2011/10/25-things-random-giveaway-by.html

Awak suka membaca?
Jom join GA ni!
http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2011/11/october-gift-away-by-azreenchan.html

Saya datang dari segmen kak lulu :D

www.chocalymilk.blogspot.com [jom lawat!]

Cuya said...

jom bace cite dongeng saya yg mndpt tempt kedua :]

http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2011/10/contest-kisah-dongeng-tengku-puteri.html

Anonymous said...

thanks semua

zuera: cite rekaan je ni