Photobucket

Monday 31 October 2011

JANGAN MALAS TUKAR PANTIES


Sekali dengar macam lucah pun ada kan..tapi ini lah realiti kehidupan kita terutama bagi kita yang beragama Islam..Islam mementingkan kebersihan..Kebersihan sebahagian daripada Iman.Bila minum air banyak,kita sentiasa akan buang air kecil..tambahan pula bila musim hujan nie..tentu kerap.Terfikirkah kita selepas buang air kecil atau air besar kita yakin bahawa diri kita dalam keadaan bersih dan suci?Tak kira samada lelaki ataupun perempuan.

Sebab apa kita perlu batuk atau berdehemm selepas buang air kecil,Supaya segala air kencing dapat keluar dan tidak ada kesan tinggalan.Kalau bagi perempuan lebih sesuai kepada tekan sikit dibahagian perut Jika kita tidak buat, ia akan keluar selepas buang air kecil. Jadi pakaian kita akan terkena najis. Selepas 4 jam kita memakai pakaian dalam terdapat, aliran peluh yang keluar melalui kemaluan atau dubur. Ia adalah kotoran yang kita tidak dapat lihat. Tambahan pula bila cuaca panas dan terik.

Periksa-periksa lah pakaian dalam kita supaya tidak tercemar dengan najis,kadang-kadang kita ambil remeh tentang semua ini.Satu kepentingan bagi kita umat Islam ,sentiasa dalam keadaan bersih terutama bila nak mendirikan Solat.Kebersihan diri dan kawasan tempat solat amat perlu dititikberatkan,supaya solat kita Sah.

Panties yang tercemar juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit mudah hinggap pada kita.Kebersihan melambangkan personaliti seseorang.Bila diri kita bersih,skaligus kawasan persekitaran kita tentu bersih,malah hati juga turut bersih.

P/S :info:facebook dan ditambah2:)













2 comments:

Ca Ezah said...

bila diri kita bersih, insyaALLAH dalaman juga bersih.. =)

Aku DaN SeSuAtU said...

bila diri dan dalaman bersih,wajah akan sentiasa ceria