Photobucket

Thursday, 22 September 2011

TANGGAL 21 SEPTEMBER

Alhamdulillah..pada 21 September bersamaan hari Rabu,14 Zulhijjah,lahirnya seorang puteri yang menjadi idaman sepasang suami isteri,En.Omar dan Pn.Rojmah.Segala kesakitan terubat dengan kelahiran seorang bayi cumil yang diberi nama Norazila..Tanggungjawab bertambah,Si Suami bertungkus lumus mencari senaskah rezeki untuk meenyara kehidupan isteri dan anak-anaknya.Pada tanggal 13 Julai 1999,Si Isteri menghembuskan nafas terakhirnya dan tinggallah seorang ayah yang membesarkan anak-anaknya sehingga kini,21 September 2011..Alhamdulillah dengan limpah dan kurniaNya anak ini telah cukup dewasa dan mempunyai seorang suami yang dedikasi..amin..Semoga anak ini menjadi seorang anak yang solehah,isteri yang mentaati suaminya dan hamba Allah yang sentiasa melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya..

Semoga Allah merahmati kehidupan anak ini,memanjangkan usianya,mempermudahkan segala urusanNya dan bahagia di dunia dan akhirat..Amin..Happy Birthday to Me:)


Selamat lahir ke dunia ini wahai teman
Tariklah nafasmu, Nikmatilah kesegaran semesta Pasanglah telingamu,
Hayatilah bunyian merdu mergastua Kemudian bukalah matamu,
Kagumilah kebesaran Maha Pencipta Sungguh, tidakkah kau menyedari Lagu ceria alunan seisi semesta Meraikan detik bersejarah kelahiranmu Mungkin kau tertanya-tanya
Mengapa salam kelahiran ke dunia Dan bukan selamat ulangtahun kelahiran
Namun teman, Usahlah kau dicengkam kepelikan Atau diburu sejuta persoalan
Kerna kelahiran baru saja menjemputmu Meski hayat sudah mencecah puluhan tahun Ruh baru usai menempati jasadmu
Tatkala langsung kau dakap fitrah insani
Lalu serentak itu Kau sirnakan segala belenggu kematian
Sedarlah betapa perjalanan hidupmu
Hanya bermula saat kau tekadkan ikrar
Justeru kelahiran sebenar adalah bersama islam
Hidup tanpa perhiasan iman
Dan juga pakaian takwa Bukanlah suatu penghidupan hakiki
Sekadar pergerakan jasmani tak bererti Kerna ruh sebenar ialah semangat islami
Yang dengannya kau bernafas kini
Tanpanya, Manusia itu laksana robot-robot
Berjasad tapi tak bernyawa
Walau zahirnya lincah ke sana ke sini
Usahlah kau bermuram durja
Dengan penghidupan serba baru ini
Kerna kembaramu sebenarnya masih jauh
Masih terlalu panjang Sepanjang usia alam dan seisinya
Lantaran hidupmu bersama hakikat iman
Walau jasadmu hancur ditelan bumi
Namun ruhmu subur disirami semangat islami
Selamat lahir ke dunia ini wahai teman
Untung sekali, Antara sekian ribuan kau jadi pilihan
Hargailah tiap saat kehidupan penuh bermakna ini
Jangan sekali-kali kau berpaling dari kebenaran
Justeru untuk kembali kepada kebinasaan
Kerna kelahiran sebenar adalah bersama islam
Sedang kecenderungan pada jahiliyyah
Adalah petanda jelas kematian.





No comments: