Photobucket

Wednesday 7 September 2011

OPEN HOUSE LAGI..OPEN HOUSE MALAYSIA

Raya sebulan..Kalau tak kawal makan bertambah-tambah la kegemukan disebabkan rumah terbuka raya yang menghidangkan pelbagai juadah.Sabtu ni,jam 9 malam,An-Nahdhoh akan mengadakan rumah terbuka raya..ahad pula open house 1 Malaysia akan di buat di Pulau Pinang iaitu di Sek.Men.Guar Perahu..dekat sangat dengan rumah aku..

Famous la Sek Men Keb Guar Perahu nanti..satu malaysia datang.

Utusan Malaysia Online:

Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri di Permatang Pauh

KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri tahun ini akan diadakan di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 September ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Majlis anjuran kementerian itu akan berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, bermula dari 11.30 pagi sehingga 1 tengah hari, katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menghadiri majlis rumah terbuka itu yang dijangka dihadiri 10,000 tetamu, katanya.

Beliau berkata, masyarakat setempat termasuk mereka yang tinggal berdekatan seperti dari kawasan utara Perak dan selatan Kedah dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut.

"Di situ kita akan lihat senario berhari raya dalam suasana kampung yang meriah dengan harapan majlis itu akan mencerminkan sesungguhnya gagasan 1Malaysia itu terbukti dapat mengukuhkan perpaduan sesama rakyat," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya di Kompleks Sultan Abdul Samad di sini hari ini.

Rais turut menyarankan agar masyarakat membuang segala bentuk perbalahan, persengketaan dan sifat saling melagakan antara satu sama lain sebagai menghargai kedatangan perayaan berkembar, 1 Syawal dan Hari Kemerdekaan hujung bulan ini.



JOM PAKAT P MAKAN RAMAI-RAMAI





No comments: