Pagi tadi dalam pukul 1.30 pagi, Kakakku dapat panggilan dari suaminya( abg iparku),Katanya tolong datang kejap kat tempat nie,Jalan Permatang Nibung,betul-betul simpang maut kata orang..Abang iparku keluar urusan perniagaannya semalam,terkejut juga,bila kami( aku,my hubby, n my sis ) ke sana aku lihat ada sebuah kereta betul-betul simpang maut tu..ingatkan kereta rosak,tapi kereta kawan abang iparku bersama-sama rakan-rakannya yang lain.Hairan juga ketika itu,mana pergi kereta abang iparku,rupa-rupanya aku terpandang sebuah kereta terbalik mengiring,kalau kita lalu di situ memang tak akan perasaan kereta toyota nya tersadai di situ.Alhamdulillah abang iparku selamat ,hanya luka kecil je.Umurnya masih panjang,kalau abang iparku pengsan dalam kereta tentu orang tak akan perasan keretanya di situ.Alhamdulillah Allah memberi ruang padanya ,memberi kudrat kepadanya untuk bangun keluar dari keretanya.
Tempat kemalangan itu merupakan salah satu tempat PANAS di kawasan itu..seram pun ader.Agaknya Toyota nya merajuk kot,sebab bakal di jual.patut la meragam je dua tiga hari ni..dan pagi tadi dia merajuk terus..hehee..Di bulan ramadhan yang penuh barakah nie,Allah menurunkan ujian ini untuk kakak dan abang iparku,semoga Allah panjangkan umur abang iparku dan kita semua supaya kita masih boleh berjumpa dengan ramadhan akan datang.Semoga kita masih boleh menyambut Aidilfitri yang akan menjelma tak lama lagi.
|
gambar hiasan |
Gambar di atas adalah contoh keadaan kereta Toyotanya terbalik,gambar sebenar tak dapat nak amik disebabkan keadaan yang gelap,cara terbaliknya sama seperti di atas,aku hanya nampak 4tayarnya sahaja.Alhamdulillah kereta pun tak rosak apa,cuma tingkap je pecah.
3 comments:
Alhamdulillah... Sib baik selamat
uish.. seb baik tak ada apa2 no.. hati2 ok
aku igt gmbr btoi td,terkejut aku. syukur la sbb abg hg selamat..
Post a Comment