Photobucket

Sunday, 28 August 2011

Kad Raya Tidak Lagi Menjadi Tradisi


Kalau dulu time nak raya je..kita sibuk tunggu Abg Men kat depan pintu rumah kita ..tertunggu tunggu kad raya dari kawan-kawan.Berbalas-balas kad raya,sibuk-sibuk beli kad yang pelbagai design,dan ada juga yang ber music.Lepas tu karang ayat panjang-panjang untuk kengkawan sahabat handai,saudara mara dan yang tersayang.Kalau pergi berkunjung ke rumah sanak saudara mesti kad raya bergantung-gantung..tapi sekarang tradisi kad raya semakin dilupakan.Sekarang nie kita dah ada teknologi sepantas kilat..internet..kad raya online..siap ada lagu-lagu..dan pelbagai design menarik..Apa pendapat korang..adakah lebih baik kad online atau kad raya yang perlu di pos..

Kad raya aku tahun nie 1 je..hahaa..itu pun dari sahabat blogger Anis Melon..memang pecah rekod laa..kalau tak tiap-tiap tahun mesti ada juga walau tak banyak.Bukan kata orang lain..aku sendiri pun terasa malas sangat dan agak tak terasa nak menulis kad raya..entah kenapa agaknya..Tapi pada pendapat aku kad raya yang di pos lebih bagus dari kad raya online,walau pun kad raya online pelbagai,cepat dan pantas,save kos,save semua,tapi kad raya yang di pos tetap mempunyai sentimental value nya tersendiri.tambahan pula bila kita menggantungkannya.Habis gantung boleh disimpan dan buat collection.Walau mcm ne pun kedua-duanya merupakan tanda ingatan pengirim kepada penerima.


















No comments: