Photobucket

Tuesday, 9 August 2011

Benarkah Bau Mulut Hilangkan Seri Kecantikan


Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi, namun nafas berbau sebenarnya menjadi hal yang biasa setiap kali seseorang menjalani ibadah berpuasa. Pun begitu, hal ini boleh menyebabkan seseorang itu berasa rendah diri dan kurang yakin untuk berkomunikasi dengan orang lain.Tapi benarkah bau mulut boleh hilangkan seri kecantikan..mungkin ya bila kita berkomunikasi,kalau kita tak berkomunikasi,takde kesempatan lah orang nak bau mulut kita..hee. Berikut adalah beberapa langkah yang dapat dilakukan untuk mencegah bau mulut yang kurang enak :


Bersihkan Mulut
Rajinlah menjaga kebersihan mulut dengan sentiasa memberus gigi, gusi, dan lidah setiap pagi dan malam hari, termasuk setiap selesai makan sahur dan berbuka puasa. Jika tidak menjaga kebersihan mulut, sisa-sisa makanan akan menyebabkan bakteria melekat dan mudah menimbulkan nafas yang kurang enak sekali gus boleh menyebabkan kerosakan pada gigi anda. Justeru, jangan lupa untuk membersihkan bahagian belakang lidah dengan menggunakan berus gigi yang di perbuat daripada bahan nilon yang lembut. Ini kerana, bahagian tersebut antara tempat berkumpulnya bakteria.

Dental Floss
Gunakan benang gigi (dental floss) untuk membersihkan sisa-sisa makanan dari celah-celah gigi secara sempurna. Ini kerana, ada sesetengah berus gigi biasa tidak mampu menjangkau pada bahagian atau celah-celah yang sempit di antara gigi. Jika perlu, berkumur dengan larutan penyegar mulut (mouthwash) untuk mencegah nafas kurang enak. Sebaiknya, hindari larutan penyegar mulut yang mengandungi alkohol.

Hindari Makanan Berbau Menyengat
Hindari mengambil makanan yang mengandungi aroma khas seperti bawang putih, bawang merah, petai, atau durian. Ini kerana, makanan jenis ini masih kuat baunya terutama pada nafas mahupun ketika bersendawa. Justeru, hindari makanan dari jenis ini untuk sementara waktu supaya anda tidak mengalami masalah bau mulut.

Minum Banyak Air Putih
Perbanyakan pengambilan air putih terutama ketika anda bangun bersahur dan ketika waktu berbuka puasa untuk memastikan mulut terjaga kelembapannya. Mulut yang kering akan mudah menyebabkan timbulnya bau nafas yang kurang enak. Selain itu, ia juga membantu membersihkan mulut dan menghilangkan sisa-sisa makanan yang menjadi penyebab bau mulut.

Meniup Hidung
Selalulah menghembus udara keluar melalui hidung, terutama ketika anda mengalami masalah selesema atau alergi. Kaedah ini dapat mengelakkan daripada bau mulut yang kurang enak.

Cantik Di Hati
Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam di dalamnya... andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini. Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

Sumber:Mingguan Wanita dan edit sikit2 oleh ADS

No comments: