Photobucket

Saturday, 23 July 2011

Menunggu Kedatangan Ramadhan

Tak sabar rasanya untuk menyambut Ramadhan.Tak berapa hari lagi Syaaban akan pergi dan ramadhan akan datang.Semalam rumah mertuaku adakan kenduri kesyukuran dan tahlil..n sempena menyambut kedatangan ramadhan juga.Sangat terasa kehangatan ramadhan nanti di mana semua umat islam akan berpuasa.Berpuasa bukan sahaja dari menahan lapar dan dahaga,tapi berpuasa panca indera sama dari melakukan perkara yang mungkar.

Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

LAFAZ NIAT:
Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

 نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.



Lafaz lengkap:
 
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

DOA BUKA PUASA:

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت

Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan

SYARAT WAJIB PUASA:
1.Berakal/waras
2.Baligh (cukup umur)
3.Mampu/tidak uzur.

SYARAT SAH PUASA:
1.Orang Islam
2.Berakal - tidak sah jika gila atau kanak2 belum mumayyiz
3.Suci daripada haid dan nifas
4.Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA:
1.Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
2.Muntah dengan sengaja
3.Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
4.Keluar darah haid atau nifas
5.Gila (hilang akal)
6.Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
7.Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
8.Murtad (keluar dari Islam)
9.Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).


Selamat Menyambut Ramadhan Almubarak yang tak lama lagi akan menjelang tiba.

1 comment:

Anonymous said...

hehe semangat nak sambut bulan ramdhan kan..ngee thnx share this!boleh persiapkan diri dah utk bulan ramdhan :)