Mengikut sumber dari pelajar itu memang 70% salah diri sendiri juga.Kalau diri kita kuat,kita tak kan terjebak dengan nilai-nilai tak baik nie.Tapi disebabkan background sekolah juga ada sebabnya.Dengan kawan-kawan yang sama-sama nak tunjuk hero.Mereka tak puas dan tak serik dihukum..HERO katakan.Macam mana tu kalau Guru Besar pun marah n tegur cikgu di depan student.Di mana nilai untuk dicontohi.Ini realiti bukan fantasi.Kat sini yang aku agak geram juga la.Faktor di rumah juga adalah satu peranan yang penting.Ibu Bapa kadang-kadang dah cukup ambil berat tentang anak mereka.Tapi di sekolah mereka macam hantu,di rumah mereka baik sangat.Itu sebab ibu bapa tak dapat mengesan sikap anak-anak mereka.
menarik juga dialog nie. |
Sumber dari utusan,tahun 2006 dahulu..terkejut tak 7000 Pelajar dibuang sekolah.
PUTRAJAYA 16 Ogos – Sejumlah 7,000 pelajar dibuang sekolah sementara kira-kira 15,000 yang lain digantung persekolahan pada tahun lepas kerana terlibat dalam pelbagai perbuatan salah laku termasuk ponteng, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar.
Beliau bagaimanapun menarik perhatian bahawa situasi itu bertambah baik tahun ini.
“Pada tahun ini setakat hari ini saya tengok ada penurunan sebanyak lebih kurang separuh (daripada kedua-dua jumlah itu),” katanya kepada pemberita pada majlis Malam Anugerah Buku Teks 2006, di sini malam tadi.
Sehubungan itu, Noh mencadangkan supaya Yang Dipertua (YDP) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menganggotai Jawatankuasa Permuafakatan Menangani Masalah Salah Laku Pelajar di peringkat daerah masing-masing.
Beliau berkata, penglibatan mereka dalam jawatankuasa itu penting supaya dapat bekerjasama dengan pihak pegawai pelajaran dan polis menangani masalah pelajar ponteng sekolah.
Katanya, kerjasama daripada YDP perlu bagi mengawal serta mencegah pusat-pusat hiburan yang dilesenkannya dari dikunjungi pelajar.
“Masalah (mengenai pelajar) yang berlaku di luar (sekolah) misalnya ponteng tidak ada undang-undang yang boleh diambil tindakan kepada pelajar melainkan dia ponteng di pusat-pusat hiburan.
“Sebab itu kita nak kena bawa Yang Dipertua masuk (menganggotai Jawatankuasa Permuafakatan),” katanya.
Jawatankuasa Permuafakatan yang ditubuhkan di peringkat Pusat dipengerusikan bersama oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahamad Sipon dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar.
Apa pendapat korang semua tentang benda nie? Bagi aku tindakan buang sekolah ni akan merosakkan lagi budak tu. Pada umur sepatutnya mereka pergi sekolah, diorang dah bebas buat aper ajer diorang suka sebab tak payah pegi sekolah.
Mengikut pendapat-pendapat dari ittutor.net memang kebanyakkan nya aku sangat setuju..Antaranya:
Kementerian pendidikan kena buat sesuatu la..
masukan mereka yang bermasalah dalam satu sekolah khas ke.. ?
Buang sekolah tak membina orang yang kena buang tu..
adakah buang budak tu boleh menyelesaikan dan menolong budak bermasalah tu?
kalau dia diterima tukar sekolah lain pula tentu akan menyusahkan sekolah lain pulak... then kena buang lagi..
dan terus berlaku..
kena tangani masalah remaja dan budak yang tersesat jalan ni dengan baik supaya kita tidak menghasilkan masyarakat yang lagi teruk.. mereka perlu dirawat..
Ya mereka perlu dirawat..
daripada di buang sekolah.. Tidak ada sesiapa yg membimbing mereka. Maka mereka akan menjadi pencetus kepada masalah sosial yg lebih besar. Malahan mereka akan mempengaruhi pelajar-pelajar lain.
Maka keputusan untuk menempatkan mereka mcm konsep henrey gurney ini amat berkesan. Bukan untuk menghukum mereka tetapi utk mendidik mereka
Macam mana ye kita nak tangani isu ini..agak berat juga..apa2 pun bagi aku didikan sejak kecil lagi.itu yang penting.kalau dah sekolah menengah..usia remaja..remaja suka memberontak.biasalah darah mudakan.
No comments:
Post a Comment