Letih juga bila join segmen-segmen nie yaa..tapi enjoy..betol tak..letih sebab kita jadi semangat kan nak berbalas comment dan belayar ke blog rakan-rakan..Selepas join Segmen Ben Ashaari aku teruja pula dengan Segmen yang di anjur oleh Saudara Syafiq ..Namanya sama dengan nama anak saudaraku..Syafiq..hee..Selalu orang nama Syafiq ni nakal dan aktif..macam anak sedaraku..nakal..tapi clever..sama tak macam saudara Syafiq nie?..hee
Click SINI untuk Join |
Dalam segmen nie aku suka sangat sebab tiada had limit untuk kita menulis ..title nya pula memang semua blogger suka kan..ok lah 5 SEBAB kenapa aku jadi blogger
- Sebab : 1- Dulu memang aku suka menulis..tulis puisi,cerpen ,madah-madah ,mutiara kata..sudah menjadi kewajiban bagi aku bila search internet je mesti aku mencari ilham untuk menulis..dulu buku la jadi catitan ku..sekarang dengan buku-buku tu sekali hilang...puas aku mencari sebab nak menulis segala yang ada di buku itu dan di muatkan dalam blog aku nie..dan sekarang nie Blog menjadi medan perantaraan aku dan blogger-blogger lain mencurahkan segala yang tersirat dan tersurat.
- Sebab: 2- Blog ni adalah satu medan perjuangan anak bangsa..ehemm mengapa aku kata macam tu?..Di blog inilah kita mempertahankan agama,bangsa dan negara..Kita boleh tengok ada orang berbelog untuk memperjuangkan agama kita Islam..ada juga orang berbelog untuk memperjuangkan anak Melayu dan karya-karya penulisan orang Melayu.Melalui belog inilah Kita boleh jumpa anak bangsa kita yang serba boleh,tak la orang kata ketinggalan dek zaman..betul tak..
- Sebab: 3- Blog ini boleh menjana pendapatan..mungkin Part time mungkin juga full time..ada orang berbelog untuk mempromosikan bisnes mereka..macam aku juga laa..aku ada bisnes kecik-kecik juga..melalu belog ni boleh melariskan penjualan dengan cepat..mngurangkan kos kita untuk pergi rumah ke rumah..betul tak..Kalau part time tu dengan cara kita berbelog dengan iklan-iklan nuffnang..contest..kan dapat duit juga tu..betul tak..tak rugi bebelog nie..serius aku kata..jom belog..n teruskan berbelog..ahaks:)
- Sebab: 4 - Berbelog ni boleh memanjangkan ukhuwah persahabatan..cee ayat..betul pe..kan kita jejalan ziarah belog kawan-kawan kita..secara tak langsung kita memperbanyakkan kenalan kita..boleh bertukar-tukar fikiran,pendapat dan sebagainya..Rupanya ramai sangat orang ada belog kan..sebelum nie aku tertagak-tagak nak wujudkan belog aku nie..Bila dah sampai masa dan aura wujud lah belog aku pada 29 Mac 2011..Boleh jadi ketagih pun ada berbelog nie..sebab kita dah biasa menulis..nak menulis je..betul tak?..hehee..
- Sebab : 5 - Berbelog ni dapat menghilangkan sakit-sakit jiwa kita..bak kata omputih..release tension..Sesetengah orang ada yang menghilangkan tension dengan menulis kan.Bila nak marah orang takut berpanjangan pergaduhan tu..haa apalagi mereka mencurahkan rasa tak puas hati mereka di blog..actually sikap ini tak berapa bagus..tapi kita tak dapat larikan..bukan aku kata korang..nun orang jauh2 di sana..heee...So..majukan belog kita selagi kita terasa memerlukannya..hee..ok love u friend..love u blog..
tag
Fatim Mawar
Sub gebu
Bunga Malam
Jom korang join segmen ni click SINI
Closing Date : 30 Jun 2011
5 comments:
thanks join ! :D
hey there . ;)
ame singgah dari Blog Muhamad Syafiq . good luck ya and happy blogging . jemput singgah blog ame ya .
ohh , have a nice day ahead ya ! :D
tahniah sbb tersenarai dalam top 20 Segmen Aku Seorang Blogger ^^,
AM singgah dari blog Muhammad Syafiq :)
keep on blogging !
jemput la singgah blog AM kalau free :D
hello !
ame singgah lagi dari blog Muhammad Syafiq . tahniah ya kamu tersenarai juga dalam top 20 Segmen Aku Seorang Blogger . good luck ya !
have a great day ahead . :D
thanks semua
Post a Comment