Photobucket

Saturday 23 April 2011

Rupanya Pelangi

Kadang kadang Allah sembunyikan matahari,
Dia datangkan petir dan kilat,
Kita menangis dan tertanya-tanya,
Ke mana hilangnya sinar,
Rupa-rupanya,
Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Pepatah nie memang dah sebati dalam hidup aku..Bila terasa diri di uji aku selalu pegang pepatah ni..bukan saja pegang dah menjadi ubat untuk aku tersenyum selalu..fikir positif selalu..biar pelbagai dugaan yang datang pepatah ini mengajar aku tersenyum..bukan lah tersenyum sendirian macam orang gila tu..tapi cukup la sekadar bila orang tengok wajah kita sejuk mata memandang..tak monyok..xmuncung..xmendung..hee..
 
Buat kawan2 ku yang kadang2 kita rasa di uji..pegang lah pepatah ni..mesti korang semua boleh sejuk sikit..ringan sikit otak kita bila masalah melanda..mungkin ada hikmah sesuatu itu..Jangan kita fikir bagai nak gila..fikir rasional..dengan iman di hati..kalau tak boleh juga amik wuduk..xboleh juga tidur la nampaknya..esok pikir lagi..hee..Kadang2 tu masalah lah yang membuatkan orang sanggup bunuh diri..Nauzubillah..minta dijauhkan dari benda tu..Bila kita di uji itu tanda Allah sayang kita..Mungkin selepas ini kita akan mampu tersenyum..InsyaAllah ..Kalau ada masalah cuba kita tengok alam..fikir sejenak..sambil hirup udara segar..sebab tu la aku suka alam..aku suka mendaki..
Senyum Selalu :):):)

No comments: