Photobucket

Friday 1 April 2011

Bisnes dan Makan Gaji?

Ramai orang tak suka bekerja sendiri.sebabnya malas nak fikir untung dan rugi ..kata orang malas nak fikirkan risiko berniaga.janji cukup bulan duit masuk.tak payah pening2 kepala.tapi sebenarnya ramai orang yang tak tahu bekerja sendiri atau lebih mudah di sebut bisnes atau usahawan mempunyai istimewa nya tersendiri dan mempunyai nilai nya sendiri.Mungkin sebab aku pn bekerja sndiri so aku kata macam ni.actually memang kadang2 terfikir untuk bekerja dgn orang.tapi bila aku fikir2 kebaikan bekerja sendiri yang orang lain xdapat rasai itulah yang menguatkan aku.Rasulullah pn seorang usahawan..Siti Khadijah juga seorang usahwan wanita yang terulung.9/10 dari rezeki kita pn adalah dari perniagaan.Wahai usahawan2 janganlah kamu putus asa jika berlaku kerugian..bangunlah..bangunlah dan teruskan perjuangan kita.Semoga aku terus berjaya di masa akan datang..amin

Di sini ada sedikit motivasi untuk yang Bergelar Usahawan 



Onak dan duri yang pertama yang mendasari serta merintangi bagi mereka yang ingin memulakan bisnes sendiri adalah kekangan daripada pihak keluarga sendiri. Realitinya, majoriti mentaliti masyarakat kita masih beranggapan anak-anak mereka 'sudah mendapat' kerja apabila mereka 'makan gaji'.

Bagi mereka yang bercita-cita menjadi seorang usahawan itu bukanlah merupakan pekerjaan yang diiktiraf. Apatah lagi pekerjaan yang tidak mempunyai EPF, SOCSO dan lain-lain. Kebiasaannya mereka akan menjadi malu serta terbitlah gejala 'inferiority complex' apabila anak mereka tidak makan gaji disebabkan bagi mereka, orang yang tidak makan gaji serupa dengan dengan orang yang belum mendapat pekerjaan.

Itu belum pula bagi mereka yang ingin mencari calon menantu. Keutamaan tanpa ragu diserahkan kepada mereka yang berkerja dengan kerajaan. Kalau tidak berkerja gomen (government) sekalipun, kerja swasta masih boleh dipertimbangkan. Kalau bermenantukan orang bisnes atau usahawan ni takut-takut kalau bisnes merundum nanti, anak cucu bakal makan dedaun.

Makcik : Maaf ya nak, makcik nak tanya sikit, anak ni kerja apa? Gomen ke kerja sendiri?


Budak : Kerja sendiri je makcik..


Makcik : Wah! Bagus tu? Syarikat anak ni masuk dalam senarai bursa saham ke?


Budak : Belum lagi, makcik. Bisnes kecil-kecil je. Baru nak cuba berniaga sikit.


Makcik : Ooo baru? Macam ni lah nak, makcik tak boleh buat keputusan lagi, nanti makcik bincang dengan anak makcik dan bapanya. Kalau tak ada masalah nanti Insyaallah kami bagitau. Kalau tak ada apa-apa surat menyurat mahupun email, anggaplah permohonan anak tak berjaya. Jangan risau, "bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor"


Budak : Err..ok...Kalau begitu, saya mintak izin pulang dahulu..


Makcik : Baiklah. Terima kasihlah nak sudi datang ni. Kalau company anak dah masuk bursa saham, bagitaulah makcik ya. Boleh kita bincang-bincang lagi..


Budak : Err..Insyaallah makcik. Terima kasih. Assalamualaikum.


Makcik : Waalaikumussalam.

Maka pulanglah sang budak itu dengan pesimisnya. Harapannya telah hancur berkecai 'bak kaca terhempas ke lantai'. Kasihan dia....

Itulah realiti masyarakat sekarang. Jiwa kita, mentaliti kita, masih jauh berbeza dengan bangsa lain yang menjadikan kerjaya bisnes dan usahawan itu bidang yang merupakan pilihan utama. Jika mereka tidak mampu berbisnes atau atas dasar minat barulah mencari pekerjaan di bidang swasta dan pilihan terakhir berkerja dengan kerajaan.

Mungkin inilah sumbangan 'dasar pecah dan perintah' celupan British suatu ketika dahulu. Jadi, tidak hairanlah bangsa kita masih jauh ketinggalan dalam bidang perniagaan.

Kita sering mengeluh bila ditipu, diinjak, tetapi itulah yang harga serta maruah diri yang perlu dibayar bila ekonomi kita dipegang oleh orang lain. Tetapi tak usahlah menyalahkan bangsa lain, kerana 'siapa yang berusaha dia yang akan mendapat hasilnya.' Walaupun bangsa kita masih disuap dengan pelbagai bantuan, subsidi, pinjaman dan sebagainya tapi kita masih tidak mampu menggunakan peluang itu dengan sebaik-baiknya.

Kita masih tidak mampu meniru keperibadian Rasulullah S.A.W yang merupakan seorang businessman, atas akhlaK dan kejujuran baginda maka baginda dikenali oleh masyarakat disekelilingnya dan isterinya sendiri, Khadijah Bt Khuwailid sehingga baginda dikenali sebagai "al-Amin" yang bermaksud seorang yang jujur dan ini memberikan satu kelebihan kepada dakwah baginda.

Malah Hasan Al-Banna, pendiri Ikhwan Al-Muslimin sendiri memberi galakan untuk berniaga hatta sekecil mana sekalipun. Kerana terkadang ada 'harga' yang perlu dibayar dan ada prinsip yang perlu digadaikan apabila kita menjadi orang bawahan. Dengan berbisnes kita mampu menguruskan masa sendiri, meluangkan masa untuk kerja-kerja dakwah dan kebajikan dan mempunyai lebihan masa bersama keluarga.

Firman Allah S.W.T:

Katakanlah: "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan (dari) berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik" ( 9:24)

Kebiasaan halangan mereka yang ingin memulakan bisnes ini adalah risiko kerugian. Keuntungan dan kerugian itu merupakan lumrah dalam dunia bisnes. Kerugian yang dialami itu perlulah dianalisa agar ia tidak berulang lagi. 'Kalau takut akan risiko usah bicara tentang perjuangan'. "Jika risau badai tsunami akan melanda jangan berpondok di tepi pantai'.

Sebetulnya, seorang manusia yang lahir di dunia ini sebenarnya sudah berhadapan dengan risiko. Malah seorang ibu yang melahirkan kita di dunia ini juga berhadapan dengan risiko kesakitan, kematian dan sebagainya demi untuk kehidupan seorang anak. Kemudian mereka membesarkan kita, mendidik kita, menghantar kita ke sekolah, menikahkan kita dengan berhadapan dengan pelbagai risiko. Kalau sedari mula lagi ibu bapa kita tidak mahu mengambil sebarang risiko, kemungkinan atas alasan itulah kita tidak mungkin berada di dunia ini.

Atas dasar itulah, saya menyeru kepada sahabat-sahabat sekalian, jangan pernah malu dan berasa hina dengan berniaga hatta untungnya cuma RM0.50 cuma atau berniaga di pasar malam mahupun goreng pisang di jalanan. Berbanggalah, kerana dengan berniaga itulah kita mampu berdikari sendiri tanpa perlu mengikut telunjuk sesiapa.

Hasil yang diperolehi atas keringat sendiri itu pastinya suatu kebanggaan dan kepuasan yang tidak mampu digambarkan oleh mata fikiran. Bak kata seorang sahabat, "berniaga ini seharusnya mendekatkan pergantungan kita dengan Allah kerana gaji kita tidak diberikan oleh sesiapa tetapi kita bertawakkal kepada Allah untuk beroleh rezeki atas perniagaan yang kita usahakan.


Tapi...makan gaji senang..Tiap-tiap bulan cucuk sahaja kad ATM...siapa kata senang? Makan gaji merupakan suatu amanah dari majikan...seharusnya kita memberi 'all out' atas kerja yang diberikan kepada kita...inilah yang susah sikit...fenomena meng'ular', buat kerja yang tak berfaedah, masuk lewat, balik awal...ni semua seakan-akan suatu lumrah bagi pekerja makan gaji.

Gaji itu merupakan rezeki. Jadi, berwaspadalah selalu untuk mendapat rezeki yang berkat. Bagi pekerja yang produktif, teruskan sumbangan anda untuk memajukan agama, bangsa dan negara. Mentaliti kita juga perlu diubah terutamanya graduan, 'bukan hanya mencari kerja tetapi menyediakan kerja'. Selamat berniaga.

"Treat dakwah as business minded."

Semoga diberi kegigihan dan istiqamah seperti Rasulullah S.W.T. Amiin..

Firman Allah S.W.T:

"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? "(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya,niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga Adn. Itulah keberuntungan yang besar."(61:10-12)

No comments: