Photobucket

Friday 1 April 2011

Aku dan Masak Lemak Tempoyak Ikan Patin

Fuhh memang sehingga jilat jari kalau makan masak lemak tempoyak ikan patin nie.Teringat dulu2 masa aku belajar di Uitm Sri Iskandar, Masa tu aku ikut Program Unit Kaunseling ..program ni lebih kurang program anak angkat laa.Aku dan sahabat kesayangan aku ,Inspector Nadia..dah inspector pn dia..aku brbangga dengan dia.kami Satu mak n ayah angkat..yang kami gelar umi dan abi.. Abi dh meninggal dunia..Al fatihah Untuk Abi..hemmm Masakan yang paling xtahan umi masak,Masak Lemak Tempoyak Ikan Patin ni laaa..aduh..kalu aku berkunjung ke rumahnya mst dia xkan lupa masak lemak ni..bila dpt rasa lagi msak lemak Umi..Miss u umi.baru2 nie aku dapat 2 ekor ikan patin..fuhh apa lgi..aku teruja laa untuk masak masak lemak ikan patin..tp aku xletak tempoyak..sbb kt rumah xramai yang makan durian masam ni..aku ni spesis org perak pulak..almaklum 3thn belajar di sana.ni aku nak kongsi sikit resepi nyer..Selamat mencuba
bahan-bahan 
10 ketul ikan patin (saiz sederhana)
3 ulas bawang merah (jangan terlalu banyak, nanti kurang sedap)
1 cm kunyit hidup (jika itiada, boleh guna serbuk kunyit)
5 cm lengkuas
3 kuntum bunga kantan (saiz sederhana)
15 tangkai cili padi (jika tidak mahu pedas,boleh kurangkan)
10 tangkai daun kesum
3 keping asam gelugur @asam keping
5 sudu tempoyak (lagi banyak, lagi sedap dan kuahnya pekat)
air secukupnya (untuk kuah banyak, masukkan air banyak)
garam secukup rasa
3 batang serai

Cara-cara

01.
Basuh ikan patin hingga bersih. (Basuh dan rendam dengan limau nipis, asam gelugur/asam keping dan tepung gandum selama sejam untuk menghilangkan hanyir.

02.
Buang duri/bisa ikan patin yg ada dekat insang semasa basuh ikan) Tumbuk bawang merah, kunyit hidup, lengkuas dan cili api hingga lumat. serai diketuk.

03.
Masukkan air secukupnya di dalam periuk dan masukkan serai, bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama dengan tempoyak serta asam gelugur. Biarkan mendidih.

04.
Masukkan ikan satu persatu. Hati-hati ya, kernan tekstur isi ikan patin lembut dan mudah terlerai/hancur jika dipegang terlalu kasar.

05.
Selepas itu, masukkan bunga kantan, daun kesum dan masukkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih di atas api yang sederhana.

06.
Bila kuah pekat, bolehlah diangkat dan dihidangkan. Enak dimakan ketika ikan patin gulai tempoyak ini masih panas.


No comments: