Saturday, 18 February 2012

Dunia Fotografi...Antara Rezeki dan keberkatan


Aku minat fotografi,gambar melambangkan kesenian,gambar juga kadang-kadang buat aku jadi tenang,jiwa yang duka boleh jadi gembira bila tengok gambar.Dunia fotografi adalah tidak asing lagi bagi aku.Tapi disebalik dunia fotografi kita perlu titikberatkan bermacam-macam aspek,walaupun dunia fotografi boleh dijadikan sumber pendapatan.Antara aspek yang penting sekali adalah dari segi keberkatan.

Mengikut kata Ustaz Azhar Idrus, "Dengan kamera dia boleh masuk syurga jika gambar dia bawa manusia cinta kepada Islam.". Aku sangat setuju dengan pendapatnya.Dengan kamera atau kamera yang famous sekarang DSLR boleh mendatangkan pahala mahupun dosa kepada penggunanya.Kita harus  menggunakan kecanggihan yang ada dengan cara berhemah.

Kenapa aku kata boleh mendatangkan pahala, dengan kamera kita boleh dapat pahala jika gambar yang kita ambil boleh menyedarkan manusia yang alpa,boleh menunjukkan kebesaranNya,boleh memberi satu ilmu kepada manusia,contohnya kita ambil gambar pemandangan alam ciptaanNya,gambar kita mungkin menjadi ketenangan kepada sesetengah orang,siapa tahu kan.

Kenapa pula aku kata boleh mendatangkan dosa,Dosa sebenarnya senang saje kita buat tanpa kita sedar,sebagai peringatan untuk diriku juga,aku perlu berhati-hati bila mengambil gambar.Sering kita lihat gambar sudah tidak lagi ditapis untuk tatapan umum,contohnya gambar difacebook,Banyak gambar yang mendedahkan aurat,bukan setakat mendedahkan rambut tapi turut mendedahkan bahagian-bahagian lain.Seorang photograper perlu amik berat gambar yang di capture,kita cari rezeki untuk mendapatkan keberkatan dariNya.Kita perlu tegas bukan ikut nafsu,nauzubillah.

Kita mengambil gambar anak orang yang berpakaian seksi,kadang-kadang aku terfikir bagaimana nanti anak kita berpakaian seksi dan orang pula mengambil gambarnya.Siapa yang akan menanggung dosa itu.Minta dijauhkan dari semua ini.Bagi kaum lelaki ,memandang sesuatu yang menggairahkan juga sudah mendatangkan dosa.Apatah lagi kita mengambilnya.Bagi kaum wanita pula,jagalah maruah diri kita,jagalah kehormatan kita,sesungguhnya kehormatan dan maruah kita hanya untuk Suami kita yang Halal.

Semoga apa yang disampaikan boleh dimanfaatkan oleh diriku dan orang lain,yang baik kita jadikan tauladan dan yang buruk kita jadikan sempadan.










No comments: