Photobucket

Saturday 26 November 2011

ERTI SEBUAH HIJRAH

Masa pantas berlalu,tak terkejar rasanya,seolah-olah terlalu cepat,kejap lagi kita akan berhijrah ke tahun baru Islam 1433 Hijrah,1 MUHARRAM 1433H.


Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah

Hijrah kah diri kita?Hijrah mengatasi kelemahan kita kepada kebaikan,Orang kata azam..apa azam baru..Hijrah memerlukan pengorbanan kita untuk melakukan amal maaruf,kadang-kadang berat kita rasakan untuk melakukan yang baik,contoh solat 5 waktu,cukupkah 5 waktu kita,Semua ini memerlukan pengorbanan dan keikhlasan diri kita untuk melakukannya.Pengorbanan mengatasi kemalasan.Seperti yang kita dapat lihat dari dunia semasa,contoh kehidupan seorang artis,dari tidak menutup aurat kepada bertudung dan menutup aurat,itu satu penghijrahan ke arah kebaikan dalam menghadapi kehidupan yang penuh dugaan dan ujian dariNya.







No comments: