Saturday, 15 October 2011

TERSENYUMLAH

Mengikut pepatah yang di tulis oleh sahabatku SUB GEBU..~Aku minta kepada Allah swt setangkai bunga segar namun diberiNya aku kaktus yang berduri. Aku minta rama-rama, diberiNya aku seekor ulat. Aku kecewa dan sedih, tapi tetap bersabar.. Namun tidak lama kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu menjadi rama-rama yang begitu cantik..Rupanya begini cara Allah swt mengasihi dan mendidik hambaNya"~
Semoga kita terus bersabar dengan segala ujianNya dan semoga kita sentiasa dalam Redha dan RahmatNya..amin 


Pepatah yang sangat menarik dan membuatkan aku terfikir sejenak..betul kata pepatah ini.Semua yang ditakdirkan telah dirancang olehNya..Kita juga merancang sesuatu,tapi sebaik-baik perancang adalah Allah S.W.T.Kita hanya mampu berusaha dan bersabar supaya kita akan sentiasa mensyukuri nikmatNya.Fikiran aku kusut sejak akhir-akhir ini.Macam-macam yang aku fikirkan.Macam-macam yang bermain-main dimindaku.Semua ini buat aku bertambah matang.Buat aku sentiasa mengingatiNya.Ya Allah lindungilah aku dan orang-orang yang aku sayangi dari segala keburukan.Mungkin benar kata pepatah itu,Allah sedang mengujiku dengan UjianNya.Aku perlu tabah,bersabar dan berdoa kepadaNya..Jangan sesekali melupakanNya.

Aku inginkan diriku sentiasa TERSENYUM..TERSENYUM dengan erti kata walau dalam apa jua keadaan sekali pun,jangan kita putus asa,bangunlah...bangunlah dari tidur yang lena,bangunlah dari terus menangis..bangunlah untuk terus Tersenyum walau hati kacau bilau,walau fikiran entah ke mana..Ingatlah Dia(Allah) sentiasa ada dengan Kita.Dia lebih tahu apa yang tersirat dan tersurat dalam hati dan fikiran kita.

“Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.




No comments: