Photobucket

Tuesday, 11 October 2011

SANTAU ..Pemusnah

Santau adalah sihir yang sangat bahaya,yang boleh memusnahkan kehidupan seseorang dan menderita sampai ke akhir hayat..nauzubillah.Sejak akhir-akhir ini ramai pengamal-pengamal santau melepaskan santau-santau yang mereka pelajari kepada insan-insan yang tidak bersalah,orang kata testing ilmu,mereka gembira,sedangkan orang lain merana.Sebelum terkena atau disantau bolehlah mengamalkan ayat pendinding diri ini supaya kita sentiasa dalam lindunganNya.Ayat dari Surah Taha: ayat 1 -5

, Surah AS Saffat : ayat 7.atau amalkan ayat di bawah

 

Doa ini juga dikenali sebagai doa Khalid al-Walid sebab Rasulullah s.a.w. menyuruh beliau membaca doa ini apabila beliau mengadu masalahnya kepada baginda

Amalkan semasa hendak keluar dari rumah,naik kereta,hendak makan dan segala aktiviti harian kita..doa ini juga ada terkandung dalam Ma'thurat.

Mengapa guna Santau??

Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin. Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca, serbuk Ipoh, bisa besi, dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah, pitam, pengsan dan meninggal dunia.

Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa. Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.

Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka.. Santau secara umumnya digunakan bagi meracun dan membunuh atau melumpuhkan musuh

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat santau antaranya serbuk kaca lampu kalimantang, bisa ular,miang buluh,miang rebung, hempedu katak puru,tulang binatang mati beragan dan banyak lagi.Sebagai contoh kalau kita baru terkena santau di kedai makan, biasanya kesan yang akan ketahui ialah selepas 2 tahun 





Santau ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:


Santau angin
Santau tuju
Santau makanan dan minuman
Santau langkah

1) Santau Bertuan ( ada Jin ).

Santau bertuan bermaksud santau yang disertai dengan pemujaan jin, iblis dan syaitan. Biasanya santau ini mempunyai Jin Bersayap kategori Jin Angin yang menjaga santau yang dihantar terhadap mangsa santau.

2) Santau kosong( tiada Jin ).

Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan peranan Jin dan syaitan menjaganya. Tetapi tetap dihantar secara ghaib atau diletakkan dalam makanan atau minuman oleh seseorang yang ingin menyantau orang lain.

Tanda-tanda terkena santau:

Santau dikenakan kepada seseorang supaya dia menderita berpanjangan tanpa menyedari yang dirinya terkena santau. Kesan santau kebanyakannya tidak berlaku secara mengejut atau mendadak seperti yang terjadi kepada mangsa keracunan. Namun santau yang cukup masak boleh menyebabkan kematian sekiranya mangsa tidak segera dirawat.

Tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah rasa perit dan gatal pada tekak yang disertai dengan batuk. Batuk merupakan tanda yang paling lumrah bagi mereka yang terkena santau. Pada peringkat, permulaan batuk disertai dengan pening kepala dan demam pagi dan petang. Batuk ini berlainan daripada batuk biasa. Ia lebih merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak

*Batuk berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah serta keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca atau miang buluh
*Lenguh seluruh anggota badan
*Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk
*Sakit dan sesak nafas terutama waktu maghrib
*Istihadhah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu ke tiga bulan atau lebih
*Mimpi barang-barang seperti miang buluh dan ulat bulu
*Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan duri
*Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi
*Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusukan kanak-kanak tersebut
*Mimpi berjumpa dengan ular dan binatang menakutkan
*Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi
*Mimpi jumpa Paderi Kristian, Sami Budha atau mimpi ke tempat-tempat ibadat bukan Islam.

Kesan-kesan santau :

*Hilang daya ingatan
*Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t
*Kulit boleh merekah serta keluar air dan nanah
*Mendapat penyakit kulit yang berlarutan dan tidak sembuh dengan ubat hospital
*Tabiat akan menjadi berubah, jika seorang yang sabar jadi panas baran
*Bulu di seluruh badan selalu gugur, badan boleh jadi licin tiada bulu
*Badan menjadi sedikit bongkok kesan akibat batuk berpanjangan
*Kelopak mata menjadi kehitaman akibat dari tidur yang sering terganggu
*Terjadinya Kanser dan ketumbuhan
*Jika pesakit hamil maka mungkin berlaku keguguran

Santau nie nak percaya atau tidak, pada pendapat aku benda ni ada,sekarang penuntut2 ilmu santau berleluasa.Aku kena amik tau sebab ada kaum kerabatku pernah kena..Thanks kepada http://www.resepirahsiaku.com ..atas info yang diberikan.


No comments: