Photobucket

Tuesday, 4 October 2011

KASIH SAYANG ABADI


Kasih Sayang Abadi .semanis kurma minggu lepas ,pengacaranya Pasangan Romantik Ustazah Siti Norbahyah dan ustaz Wan Akasyah,dan tetamu jemputan Datuk jalaluddin Hassan dan isterinya Datin Hashimah.Romantik juga pasangan jemputan nie..1st time aku lihat isteri Datuk Jalaluddin Hassan di kaca TV.Sejuk Mata memandang tengok isteri Datuk..Pasangan bahagia selama 35 tahun berkahwin kalau tak salah aku.Semoga terus bahagia hingga akhir hayat.

Kesimpulan yang dapat dari Semanis Kurma kali ini adalah CINTA..Perkahwinan yang bertambah seri dengan adanya CINTA..Kebahagian akan menyusul jika adanya CINTA..CINTA tak kenal usia..adanya CINTA..rumahtangga pasti aman..InsyaAllah..apa ertinya CINTA itu?

C - CANTIK...Perlukah perkahwinan berdasarkan cantik rupa semata-mata..Cantik di sini bermakna cantik rupa di mata suami/isteri..dan cantik pada hati nurani..isteri perlu cantik dihadapan suami dan begitu juga dengan suami perlu cantik dihadapan isteri bukannya cantik atau berhias untuk orang lain. Cantik pada hati,penuh dengan sifat mahmudah sebagai isteri solehah atau suami yang soleh.

I - IKHLAS..Keikhlasan,ketulusan dan kejujuran amat perlu dititikberatkan..kedua2nya harus bertolak ansur dan berbincang dengan baik jika ada sebarang wasangka.Ikhlas dalam setiap perbuatan kita,tanpa mengharapkan balasan..kadang-kadang ia memang susahkan..:)

N - NYAWA..Kalau kita sayang orang yang kita sayang jadikanlah mereka seperti nyawa kita..sanggup lakukan apa saja selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam..jangan pula ikut pepatah..i jump u jump ye:)..selalu nya orang akan pegang pepatah forever love.forever n ever,everlasting..Semoga cinta Suami/Isteri hingga ke syurga..amin

T- TANGGUNGJAWAB..Semasa melafazkan lafaz Ijab dan Kabul dengan sahnya isteri menjadi hak milik suami,dan tanggungjawab si ayah bertukar kepada si suami,beratkan.sama-sama mengingati tanggungjawab masing-masing dan jangan mengamalkan sikap berkira.

A - AMANAH/ALLAH..Isteri adalah amanah kepada suami,jagalah amanah itu sebaik-baiknya,sebagaimana ibu bapa menjaga mereka.Sentiasa mengingati Allah S.W.T selalu,jangan ikut kata hati,Melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.Untuk kemanisan dalam kebahagian sentiasa lah berjemaah bersama-sama,samaada solat jemaah,makan bersama dan sebagainya..

SEMOGA KITA TERUS MEMBURU CINTA INI DAN CINTA INI MENJADI MILIK KITA SELAMANYA(untuk suamiku)..AMIN







2 comments:

Sayidah Nafisah Ruslan said...

indahnya kalau suami isteri macam ni :)

nak kawen dapat suami macam nilah..hehe

Aku DaN SeSuAtU said...

InsyaAllah kita doakan yang terbaik.