CINTA kalau dibajai dengan kasih sayang,keikhlasan,kejujuran dan sifat bertanggungjawab tentu tidak akan berlaku kes bergantung tak bertali,penceraian,kes pukul isteri dan macam-macam lagi..
Ada sorang makcik nie,kadang-kadang kesian tengok dia,sudahlah tiada cahaya mata,ditinggal pula oleh suami terkontang kanting sendirian.Bukan senang untuk hidup sendirian tanpa seorang suami ataupun sanak saudara,tentu hidup sunyi menghitung hari-hari yang mendatang.Bila ditanya kenapa,rupa-rupanya suaminya seorang penagih,sudah la seorang penagih dan sekarang mengalami kemalangan jalan raya.Malang tak berbau.Ingatkan orang muda je suka terlibat dengan gejala penagihan nie..orang tua pun masih terlibat dengan gejala ini.Bila dah menagih ni,agama dan tanggungjawab pun telah dilupakan.Penagihan dadah merosakkan kehidupan seseorang tapi kenapa masih ramai orang yang terjebak.Di mana silapnya.
Pendidikan amat penting di zaman dunia tanpa sempadan ini.Bukan sahaja pendidikan akademik tapi juga perlu seiring dengan pendidikan agama,kadang-kadang di sini silapnya,orang yang berpelajaran tinggi tapi masih bertindak diluar batasan,akidahnya rosak sana sini.
Perkahwinan juga memerlukan ilmu tentangnya bukan hanya suka-suka atau gatai nak kahwin saje,sebab tu la persediaan kursus pra perkahwinan dibuat,bakal pengantin perlu melalui kursus ini.Di sesetengah kawasan bakal pengantin perlu melalui interview sebelum men submit borang mereka.susah ke?..tak semudah itu untuk berkahwin.
Apa nasib seorang isteri jika bergantung tak bertali,hanya status sahaja bergelar suami tapi isteri ditinggal-tinggalkan,disepak terajang,nak ambil,tak mau dibuang-buang.Bila seorang isteri menuntut fasakh,penceraian adalah lebih baik bila tiada lagi perikemanusiaan,tapi si suami tidak mahu melepaskan isteri itu.Susahkan..sampai bila mereka harus bersabar..Bagaimana dengan dosa yang tertanggung,sedangkan syurga isteri terletak di bawah tapak kaki suami.
No comments:
Post a Comment