Photobucket

Monday 3 October 2011

BAKAL PENGANTIN WAJIB TAHU

Assalamualaikum..hai kengkawan..sekarang nie dah nak masuk musim orang mendirikan masjid..terutama november nie lagi full..tambahan pula special date 11.11.11..tentu ramai..jatuh pada hari Jumaat ..hari baik..sunat tu..ramai yang ambil peluang untuk bernikah pada tarikh ini.Tadi bakal sepupu aku datang,dan dia ada tanya pasal interview perkahwinan..Aku memang terlebih rajin ada menyimpan soalan nya dan jawapannya sekali yang aku cari dari sumber-sumber ilmu..Korang nak tak..kalau tak lengkap korang tambah2 la nanti yek..


Soalan
1.      . Mengucap Dua kalimah Syahadah
2.       Istigfar
3.       Selawat
4.       Bacaan Al Fatihah
5.       Rukun Islam
6.       Rukun Iman
7.       Sebab2 berhadas besar
8.       Larangan ketika berhadas besar
9.       Lafaz Niat dan cara mandi hadas
10.   Bahagian2 air
11.   Bahagian2 najis dan cara bersuci
12.   Rukun wudhuk dan perkara yang membatalkan wudhuk
13.   Solat dan rukun
14.   Rukun nikah dan perkara yang berkaitan dgnnya]
15.   Tgungjawab suami isteri dan tgjawab bersama
16.   Tgjawab trhadap ank2
17.   Aurat lelaki dan perempuan
18.   Waktu2 haram bersetubuh
19.   Talaq
20.   Hak2 selepas penceraian

Jawapan
1.Mengucap dua kalimah syahadah





Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allh,dan aku bersaksi nabi Muhammad itu pesuruh Allah

2. Istigfar








3. Selawat












4. Bacaan Al Fatihah









5. Rukun Islam

1. Mengucap dua kalimah syahadah.

2. Mendirikan solat.

3. Berpuasa Di bulan Ramadhan.

4. Menunaikan Zakat.

5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

6. Rukun Iman
1. Beriman dengan Allah S.W.T.

2. Beriman dengan para malaikat.

3. Beriman dengan kitab-kitab suci.

4. Beriman dengan para Rasul.

5. Beriman dengan Hari Akhirat.

6. Beriman dengan Qada' dan Qadar


7. Sebab2 berhadas besar
a. Bersetubuh, sama ada mengeluarkan mani atau tidak.
b. Keluar air mani, sama ada sengaja atau tidak.
c. Meninggal dunia, kecuali mati syahid.
d. Habis masa haid.
e. Nifas, iaitu mengeluarkan darah setelah melahirkan anak


8. Larangan ketika berhadas besar
- mengerjakan solat, mengerjakan haji, duduk di dalam masjid, menyentuh dan membaca Al- quran


9. Lafaz Niat dan cara mandi hadas
1. Niat.
2. Menghilangkan kotoran dan najis pada badan.
3. Membasuh seluruh tubuh.

10.Bahagian2 air

Air Mutanajis
Air sedikit yang kemasukan najis.
Tidak harus digunakan.

Air yang sah dibuat bersuci.
1. Air hujan.
2. Air embun.
3. Air laut.
4. Air sungai.
5. Air perigi.
6. Air mata air.
7. Air Salji.
Air tersebut tidak diambil kira sifatnya sama ada berwarna putih, jernih, keruh, masam, masim dan sebagainya.
Hukumnya suci tetapi tidak boleh menyucikan benda lain.
.

Air mutlak – suci lagi menyucikan
Segala air yang turun dari langit dan keluar
dari bumi seperti air hujan, perigidan laut.
Suci: harus dibuat makan dan minum, boleh
menyucikan, harus digunakan untuk bersuci
kerana dapat menghilangkan najis dan
hadas

Air Musyammas – Suci lagi menyucikan
tapi makruh
Air dalam tin yang terdedah pada sinar
matahari di negeri panas
Sucidan menyucikan tapi makruh
digunakan pada tubuh badan.

Air Musta’mal – suci tapi tidak menyucikan. Air sedikit yang sudah terpakai kerana
wudhu atau mandi wajib.
Harus digunakan untuk lain dari maksud
bersuci.
Air yang ukurannya lebih 190kg atau 11 tin
minyak tanah.
Harus digunakan selagi ia tidak mengalami
perubahan sebab kemasukan najis di
dalamnya.
Air yang kurang daripada ukuran tersebut di
atas
Harus digunakan selagi ia tidak terhitung
sebagai muata’mal atau mutanajjis.


11.Bahagian2 najis dan cara bersuci

Terdapat tiga bahagian najis iaitu:
1. Najis mukhaffafah (najis ringan).
2. Najis mutawassitah (najis pertengahan).
3. Najis mughallazah (najis berat)

1.Najis Mukhaffafah. (Ringan). seperti kencing kanak-kanak lelaki yang belum makan makanan selain daripada susu ibu. Untukmensuci benda yang terkena najis ini, memadai dengan memercikkan air atas benda itu meskipun tidak mengalir. Adapun kencingkanak-kanak perempuan yang belum makan selain susu hendaklah dibasuh sampai mengalir air di atas benda yang kena najis itu danhilang zat dan sifat-sifat nya sebagaimana mensuci kencing orang dewasa.
Cara menyucikan najis mukhaffafah:
- Basuh bahagian yang terkena najis dan lap.
- Percikkan air di tempat yang terkena najis.
- Lap dengan kain bersih sehingga kering.

2.Najis Mutawassitah. (Pertengahan) - Najis ini terdiri dari segala najis kecuali najis yang tergolong kepada najis berat. Yakni Najis

3.Mughaladzah. . Najis pertengahan ini terbahagi kepada dua bahagian
.Najis Mughallazah. (berat) iaitu anjing dan babi. Benda yang terkena najis ini hendaklah dibasuh tujuh kali, sekali daripadanya
hendaklah dicampur dengan tanah

12.Rukun wudhuk dan perkara yang membatalkan wudhuk
Rukun Wuduk ada enam:
1. Niat dengan bacaan:
"Aku niat berwuduk untuk menghilangkan hadas kecil kerana Allah."
2. Membasuh muka dari tempat tumbuh rambut di kepala sampai ke tulang dagu, dan dari batas telinga kanan sampai batas telinga kiri.
3. Membasuh dua tangan sampai ke siku.
4. Mengusap sebahagian kepala dengan air.
5. Membasuh dua kaki sampai mata kaki (buku lali).
6. Tertib (berturutan).


Perkara yang dapat membatalkan Wuduk ada lima:
1.        Keluar sesuatu dari qubul dan dubur.
2. Hilangnya akal sama ada gila, pengsan ataupun mabuk.
3. Bersentuhan kulit laki-laki dengan kulit perempuan kecuali mereka itu masih muhrim.
4. Menyentuh kemaluan dengan telapak tangan, sama ada milik sendiri maupun milik orang lain, dewasa maupun anak-anak.
5. Tidur, kecuali apabila tidurnya dengan duduk dan masih dalam keadaan semula (tidak berubah kedudukannya).

13.Solat dan rukun
1. Niat.
2. Takbiratul-Ihram (Allahu-Akhbar yang pertama).
3. Berdiri bagi yang mampu.
4. Membaca surah Al-fatihah.
5. Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru).
6. Iktidal dengan tama'ninah.
7. Sujud dua kali, dengan tama'ninah.
8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah.
9. Tasyahhud/Tahiyyat Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.
10. Duduk dalam Tasyahhud akhir.
11. Selawat kepada Nabi Muhammad saw dalam Tasyahhud Akhir.
12. Membaca salam
13. Tertib

14. Rukun Nikah dan Perkara yg brkaitan
Rukun Nikah
1.    Suami
2.    Isteri
3.    Wali
4.    2 org saksi
5.    Sigah (Ijab dan Kabul)

15. Tanggungjawab seorang isteri

Tunaikan hak ALLAH S.W.T
Taat suruhan suami dalam perkara yang tidak bertentangan
dengan Syara'.
Melayan suami dengan ma'ruf (baik)
Menghias diri
Memelihara kehormatan diri dan harta suami

HAK DAN TANGGUNGJAWAB SUAMI
1. Nafkah
2.Mendidik dan menyuruh isteri melakukan perkara makruh dan
meninggalkan perkara mungkar
3. Adil
4.Melayani isteri dengan makruh
5.Memberi perlindungan/keselamatan


HAK DAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Kasih sayang
Bekerjasama
Amanah
Istimta' dan hubungan kelamin
Menghormati pasangan dan persemendaan
Merancang bersama bagi kesejahteraan keluarga
Perbincangan/Mesyuarat
Mendidik anak-anak
Urus rumahtangga
Hak pesaka mempesakai
Sabit nasab anak kepada kedua ibubapa
Menjaga maruah suami isteri

16.Tgjawab trhadap ank2
a. Mendidik akhlak-akhlak anak2
b. Melayan anak2 dgn penuh lembut dan ksh syg
c.Melatih anak2 mengerjakan solat
d. Menanam akidah tauhid

17. Aurat lelaki dan perempuan
AURAT lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh
anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya. Rasulullah SAW bersabda
bermaksud: ´Paha itu adalah aurat.µ (Bukhari)

18. Waktu2 haram bersetubuh
- Dilarang bersetubuh di siang hari Bulan Ramadhan
- Dilarang bersetubuh Ketika istri datang bulan
- Jangan bersetubuh Malam awal dan akhir bulan
- Dilarang Bersetubuh melalui anus
- Dilarang Bersetubuh membawa ayat suci, nama Allah, Nama Malaikat, Nama Nabi
- Dilarang bersetubuh di Masjid, saat Haji dan saat siang hari Bulan Ramadhan 

19. Talaq
PENGERTIAN TALAK (PERCERAIAN)
Dari segi bahasa : melepaskan ikatan perkahwinan
Dari segi istilah: melepaskan ikatan perkahwinan dengan
menggunakan lafaz cerai, talak atau seumpamanya oleh suami kepada
isteri

Jenis Lafaz Talaq :
LAFAZ SARIH (NYATA)
Lafaz yang jelas menunjukkan maksud talaq atau cerai maka talaknya
jatuh walaupun tanpa niat.
Contohnya:
"Saya ceraikan kamu" atau Saya ceraikan kamu dengan talak 1 atau 2
atau 3"
LAFAZ KINAYAH (SINDIRAN)
Lafaz yang boleh jadi bermaksud talak dan lain daripadanya, talak
tidak akan jatuh melainkan dengan niat cerai.
Contohnya:
"Kamu baliklah ke rumah ibu bapa kamu" atau"Saya bebaskan kamu"
CERAI TAKLIK
Lafaz cerai oleh suami yang dikaitkan dengan sesuatu perkara
Contohnya:
"Jika kamu keluar rumah ini, maka kamu tertalaq"
"Apabila kamu balik ke rumah ibubapa kamumaka jatuhlah talaq"
"Manakala saya berjudi lagi maka jatuhlah talak kamu"
TALAQ KHULU'
Perceraian dengan bayaran yang dipersetujui di antara suami dan
pihak isteri
Contohnya:
"Saya ceraikan awak dengan RM 1000.00 ringgit

20.Hak2 selepas penceraian
HAK/NAFKAH ISTERI YANG DICERAIKAN
Pembiayaan keperluan hidup untuk bekas isteri oleh bekas suami
dalam masa iddah meliputi tempat tinggal, makanan, pakaian
dan lain-lain keperluan hidup
Nafkah hanya diberikan kepada isteri yang diceraikan dengan
talak raj'ie
Isteri yang mengandung wajib mendapat nafkah sekalipun
diceraikan dengan talak ba'in.






Selamat menghadapi Interview..Jawab baik-baik yek:)




3 comments:

Anonymous said...

tima kasih byk2 ye..isnin ni saya nak kena interview jgk ni..sebijik soalannya..ater 1 negeri.. :)

muhammad said...

HAK DAN TANGGUNGJAWAB SUAMI
1. Nafkah
2.Mendidik dan menyuruh isteri melakukan perkara makruh dan
meninggalkan perkara mungkar
3. Adil
4.Melayani isteri dengan makruh
5.Memberi perlindungan/keselamatan
no 4. should be melayani isteri dengan maaruf..

muhammad said...

HAK DAN TANGGUNGJAWAB SUAMI
1. Nafkah
2.Mendidik dan menyuruh isteri melakukan perkara makruh dan
meninggalkan perkara mungkar
3. Adil
4.Melayani isteri dengan makruh
5.Memberi perlindungan/keselamatan

no4 should be melayani isteri dengan maaruf.