TANGAN YANG MEMBERI ADALAH LEBIH BAIK DARI YANG MENERIMA |
Tadi buka-buka facebook ada seorang sahabat aku share kan picture di atas nie,tentang pencarian dana bagi membantu pelajar yatim dan miskin bagi tahun 2012.Aku mengambil kesempatan ini untuk share bersama sahabat-sahabat blogger.
Bila kita terasa susah sebenarnya ada lagi orang yang masih susah dari kita yang memerlukan bantuan daripada kita.Terutama anak-anak yatim dan miskin yang memerlukan sokongan dari kita.Mereka juga inginkan kehidupan yang selesa seperti orang lain.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Aku dan orang yang menanggung (memelihara) anak yatim (dengan baik) ada di syurga bagaikan ini! Baginda memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah dan Baginda rentangkan kedua jarinya itu.” (Hadis riwayat Bukhari) Bagi orang yang menganiaya, tidak berlaku adil dan tidak menyayangi anak yatim, di akhirat mendapat azab tidak terperi perihnya.
Daripada Muadz bin Jabal r.a , Rasulullah saw bersabda : "Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan kepada kamu pintu kebaikkan : Puasa adalah pelindung, sedekah memadamkan kesilapan seperti air memadam api, dan seorang solat pada penghujung malam." - Riwayat Al-Tirmizi dan Ahmad.
MARILAH KITA RINGANKAN TANGAN BAGI MEMBANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN
No comments:
Post a Comment