Photobucket

Saturday, 24 September 2011

Soffiya..Menyampah


Drama terbaru Tiz Zaqyah..setiap Isnin-Khamis jam 7.00 Malam..hohoooo menyampah betul dengan Hilal Azman,kira menjadi la lakonan dia..Jahatkan kalau seorang bapa berkelakuan seperti itu..sekarang nie banyak betul kes haruan makan anak nie..Kenapa jadi macam nie?..mungkin disebabkan kurangnya pengetahuan agama,nafsu yang tidak dikawal,jahilnya seseorang itu,lupa tanggungjawab.Macam-macam lagi la..
Soffiya cumil berbaju sekolah..sebelum nie tengok Tiz matang dari usianya..terutama dalam Nur Kasih,watak Nur Amina..


SEDAR atau tidak, sudah hampir tiga tahun Siti Zaqyah Abdul Razak atau Tiz Zaqyah, 23, bergelar anak seni. Dalam tempoh itu juga, Tiz membuktikan dirinya mampu bersaing dalam dunia seni biarpun kadangkala ditenggelami dengan kehadiran bakat baru.

Walaupun sering dihimpit kontroversi, namanya tidak mudah hilang kerana bakat dimiliki dan bukan bersandar kepada rupa semata-mata.



TIZ...gemar cabaran dalam lakonan.


REMAJA...Tiz sebagai remaja sekolah dalam satu babak drama terbitan Filemscape Sdn Bhd.


MANTAP...(dari kiri) Fizo, Izara, Tiz dan Azhar teraju drama Soffiya.


SOFFIYA...drama terbaru taruhan Tiz.


TIZ...gemar cabaran dalam lakonan.


REMAJA...Tiz sebagai remaja sekolah dalam satu babak drama terbitan Filemscape Sdn Bhd.


MANTAP...(dari kiri) Fizo, Izara, Tiz dan Azhar teraju drama Soffiya.


SOFFIYA...drama terbaru taruhan Tiz.

Tiz terus diberi tanggungjawab oleh pengarah dan produser tempatan untuk menjayakan karya mereka.

Ternyata semua itu tidak pernah membuatkan dirinya alpa atau sombong.



Malah segala pujian demi pujian daripada peminat dikongsinya menerusi laman sosial Twitter.


Bagaimanapun, kerenah individu yang tidak bertang�gungjawab selain batas perbualan yang sukar dikawal, membuatkan dia memadam akaun peribadi miliknya itu sejak Ogos lalu.

Gadis kelahiran Kuala Lumpur pada 25 Oktober 1988 ini mengakui bosan dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir individu hingga membuatkan dirinya kini lebih berhati-hati.

Kini semua perkembangan aktiviti seni pelakon yang mula melonjak naik selepas membintangi siri Nur Kasih, dikongsi bersama peminat menerusi akaun sah miliknya di facebook, Tiz Zaqiyah Zak/Fanpage.

“Pujian buat kita lalai. Saya akui memang ketagih ketika menggunakan Twitter dulu. Begitupun, disebabkan terlalu banyak perkara yang tidak boleh dihalang membuatkan saya menutup akaun Twitter itu.

“Memang ia satu cabaran besar buat saya apabila tidak menggunakan Twitter lagi sedangkan akaun itu saya gunakan sejak lapan tahun lalu.

“Bagaimanapun, saya masih mempunyai akaun facebook untuk berinteraksi dengan peminat dan rakan. Malah menerusi laman ini, ia lebih mudah dikawal,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran drama terbarunya, Soffiya.

Tiz yang cukup dikenali menerusi watak Nur Amina dalam siri Nur Kasih, bukan saja menjadi buruan pengarah dan produser untuk menjayakan filem, malah drama televisyen untuk memancing penonton.

Penampilannya di televisyen sering menarik perhatian ramai. Sebagai pelakon, dia berasa puas apabila penonton mengenali watak yang dilakonkan menerusi drama.

Walaupun ada yang mengang�gap Nur Amina masih membayangi watak lakonannya, akui Tiz, ia bagaikan mengikut musim.

Katanya, ketika muncul dalam drama bersiri Gemilang, penonton mengenalinya dengan karakter cikgu Asma.

Justeru, mampukah Tiz mencetuskan fenomena baru buat penonton apabila bertindak sebagai teraju utama drama Soffiya yang disiarkan menerusi slot Akasia di TV3 setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam, sejak 21 September lalu.

“Memang drama ini agak berat dan saya sentiasa tidak puas hati dengan lakonan. Banyak perkara yang saya perbaiki mengenai lakonan dari semasa ke semasa.

“Lebih-lebih lagi apabila ditawarkan watak menerusi drama ini, saya berasa seperti dihargai. Saya percaya jalan cerita drama ini cukup menarik dan pasti drama ini akan diterima ramai.

“Setakat ini kami masih menjalani penggambaran sehingga episod 18. Saya juga belum mempunyai apa-apa peranca�ngan selain memberi tumpuan kepada menyiapkan penggambaran drama ini,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai wataknya sebagai Yaya dalam drama bersiri 28 Episod itu, Tiz berkata, dia berdepan cabaran pada awal episod di mana hampir sebahagian besar babak membabit�kan emosi. Biarpun sering dibanding�kan dengan watak Nur Amina, dia nyata selesa melakonkan watak berat.

“Untuk menjayakan watak berat menerusi drama ini cukup mencabar. Di sini perlunya bantuan daripada pelakon berpengalaman seperti abang Hilal (Hilal Azman).

“Memang abang Hilal banyak membantu. Selain memberi tunjuk ajar, dia juga menggalakkan saya untuk mengikut gerak naluri hati sendiri.

“Barisan pelakon serta kru yang terbabit juga banyak membantu. Watak Soffiya dalam drama ini berdepan pelbagai konflik termasuk dinodai. Cabaran besar buat saya untuk menterjemahkan ia kepada emosi yang belum pernah saya lalu sebelum ini. Saya lakukan karakter dan emosi berkenaan mengikut naluri sendiri,” katanya.

Selain Tiz, drama terbitan Filmscpae Sdn Bhd arahan Joeza Rasidi ini turut dijayakan Fizo Omar, Azhar Sulaiman, Izara Aishah, Syazwan Zulkifli, Hilal Azman, Halimatussadiah dan Aisyah Atan.


PROFIL

NAMA PENUH: Siti Zaqyah Abdul Razak
NAMA KOMERSIL: Tiz Zaqyah
TARIKH LAHIR: 25 Oktober 1988
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
ADIK-BERADIK: Anak bongsu daripada dua beradik
STATUS: Bujang
KARIER: Pelakon
DRAMA: Gol & Gincu, Impian Illyana, Nur Kasih, Bernafas Dalam Lumpur, Puaka Topeng Putih, Gemilang, Geisha Melayu Terakhir, Soffiya
FILEM: Nur Kasih dan Cinta Kura-Kura 


sumber:metro





No comments: