Photobucket

Friday, 9 September 2011

PANAS BARAN ..Siapa lebih cepat marah? Lelaki atau perempuan?



Panas baran @ `kepala angin’ @ `naik hantu’ yang disebabkan kesukaran menangani perasaan marah boleh menyebabkan seseorang itu hilang malu, sanggup bertindak di luar batasan dan tidak mustahil boleh mencederakan orang lain.Paling tak suka orang panas baran nie..seorang yang pemarah nie membuatkan diri mereka susah untuk didekati oleh kawan-kawan.Mau taknya,tengok muka mereka pun dah naik takut.

Perasaan marah yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja. Islam sendiri memuji umatnya yang dapat mengawal perasaan marah. Sikap marah adalah antara pintu syaitan datang masuk ke hati manusia.Sifat panas baran juga menyebabkan salah satu kegagalan dalam rumah tangga.Macam-macam boleh berlaku kan jika kita tak dapat kawal panas baran,sebab tu ada yang sanggup membunuh.

Nabi Muhammad SAW pernah berpesan tiga langkah mengatasi rasa marah.
Pertama, mengawal lidah iaitu berdiam diri dan mengubah posisi (misalnya, jika berdiri hendaklah duduk), mengambil wuduk dan beristighfar serta membaca al-Quran.


Temubual bersama Pakar Psikologi Sosial, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Aminuddin Mohd Yusof

Adakah semua orang memiliki sifat panas baran?


Sifat pemarah adalah suatu emosi manusia normal. Namun ia bergantung kepada setiap individu yang menterjemahkan rasa marah masing-masing.

Adakah faktor jantina dan keturunan mempengaruhi?

Ada suatu pandangan yang menganggap faktor genetik iaitu baka keturunan turut mempengaruhi sifat mudah marah dan memberontak.

Ada juga pandangan yang mengatakan panas baran dikaitkan dengan faktor perkembangan kanak-kanak dari kecil lagi seperti mudah resah dan marah. Mengenai faktor jantina, saya tidak pasti tetapi mungkin faktor budaya menjadikan lelaki lebih mudah meluahkan rasa marah.

Siapa lebih cepat marah? Lelaki atau perempuan?


Tiada data yang menunjukkan sama ada lelaki atau perempuan lebih cepat marah. Namun, daripada pandangan saya, lelaki lebih rendah daya toleransi menyebabkan mereka dilihat lebih mudah mengekspresikan sifat marah.

Apakah yang mendorong sifat panas baran?


Keadaan sekitar dan rasa dikecewakan menyebabkan timbulnya perasaan marah yang mengakibatkan individu itu dikategorikan sebagai panas baran.

Kesan buruk panas baran?

Kemarahan yang tidak dapat dikawal bukan saja menyebabkan individu itu dijauhi orang sekeliling tetapi mereka sendiri terdedah dengan serangan darah tinggi dan migrain.

Langkah terbaik menangani sifat panas baran?

Kita boleh cuba memberikan sudut pandangan positif tanpa sesekali menimbulkan kemarahan. Buat individu panas baran sendiri, bawalah bertenang dan cuba mengawal perasaan marah daripada dalam diri dan tarik nafas dan cuba tenangkan diri perlahan-lahan.

Kadang-kadang kesan dari sifat panas baran nie membuatkan tekanan pada generasi akan datang,anak-anak  yang akan mendapat tekanan,bila dah tertekan mereka akan menjadi seorang pemarah seperti ibu atau bapa mereka.Contoh macam dalam drama Juvana tu kan..Si Botak tu:)

Oleh itu senyum-senyum lah selalu ya kawan-kawan..kadang-kadang dengan senyuman membuat kan jiwa yang amarah menjadi sedikit sejuk.








No comments: