Thursday, 15 September 2011

Apa kata hati


Hati..
Kadang-kadang kau menangis,gembira,ketawa,duka,lara..
Bila gembira,kau ketawa dan senyum.
Tiada noktah-noktah hitam yang melekat
yang ada hanyalah titik-titik putih yang suci.
Hati..
Bila kau marah..
Kau menyala-nyala seperti api yang membakar
melaung-laung menahan kesakitan
Kenapa kau marah wahai hati
Hati..
Bila kau sedih,kau menangis,
menahan sebak yang ditanggung,
mampukah kau hati
kau tersenyum selalu
tak kira gembira,sedih dan marah..
Mampukah kau wahai hati
Mampukah kau membuatkan semua orang tersenyum denganmu
Hati..
Jangan kau pasrah
Jangan kau berputus asa
Teruskan tersenyum
Kerna Kau akan gembira selalu
Simpan lah kesedihan dan kemarahanmu
Kelak Kau bahagia dan sentiasa gembira.









1 comment:

Cik Sara said...

bertabahlah wahai hati...