Photobucket

Friday 12 August 2011

SYAHDUNYA BACAAN SOLAT TARAWEH

Dulu masa kecik-kecik aku selalu solat taraweh di Surau lama dekat kampung ku..Sejak dah dibangunkan Madrasah An-Nahdhoh yang membawa maksud Kebangkitan..Alhamdulillah solat taraweh di imamkan oleh pelajar-pelajar tahfiz di situ.Bakal Imam Muda..Syahdu dengar bacaan ayat suci Al Quran oleh Imam-imam muda ini.Dibimbing sejak kecik sebagai tahfiz Al-Quran..Bacaan juzuk Al-Quran yang dibaca yang membuatkan hati ini berdetik-detik mengkagumi Hafiz-hafiz ini.Alhamdulillah An-Nahdhoh mampu mendidik anak muda kita ke arah generasi Al Quran. Serba sedikit tentang salasilah An-Nahdhoh ini.


parking dan tapak perniagaan

An Nahdhoh Inn

suasana dalam hotel

Pengasas An Nahdhoh
An-Nahdhoh yang membawa maksud kebangkitan..Memang terbangkit aku melihat kebangkitannya..Salah satu Madrasah dan Pusat Pengajian Ilmu yang berjaya melahirkan Anak Melayu Islam yang serba boleh samaada dalam bidang ilmu Islam dan perniagaan, beliau ialah Ustaz Hj. Abdul Mutalib Bin Maarof.Sesuatu yang kelaian yang tiada ditempat lain.Selain itu An Nahdhoh mempunyai sebuah Hotel yang bercorakkan Islam,iaitu An Nahdhoh Inn,mempunyai Pasar Mini An-Nahdhoh, Perkampungan Islam An-Nahdhoh,Maahad Tahfiz An-Nahdhoh,Pra Tahfiz An-Nahdhoh, Tadika Yayasan An-Nahdhoh, Rumah Klasik An-Nahdhoh dan Kuliah Perdana Mingguan...Bermisikan  untuk menjadi Pusat Pengajian Terulung, Melahirkan Huffaz Terbilang, Penginapan Berkonsep Islam dan Menjana Ekonomi Yayasan.Semoga An-Nahdhoh sentiasa dengan kebangkitannya..amin..

untuk maklumat lanjut oleh link ke http://www.annahdhoh-inn.com/




No comments: