Tuesday, 2 August 2011

Ramadhan Pertama

Hari pertama ramadhan..aku balik keja pukul 5.30..waa kelam kabut juga memasak..masak sorang2 takde pembantu..memang agak kelam kabut..hahaa..tapi menu akhirnya siap dalam cool..aku masak bihun goreng,cucur udang,nasi pun ader ..lauknye sotong goreng kunyit dan sambal telur..semua ni amik masa dalam 2jam..

Letih juga..hari nie kena balik awal sikit laa..bibik ( adik aku) haa keja petang pula hari nie..semalam dia tolong masak nasi n air je..hari nie lagi sorang2 laa aku..tak pa masak dengan penuh kasih sayang untuk ayah dan suamiku..heee.

Nabi s.a.w. telah bersabda (maksudnya): "Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya ganjaran seumpama pahala bagi orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa itu)" Al-Baihaqi dan Ibn Khuzaimah. 

oleh itu kita yang ambil alih tugas memasak jangan lah merungut-rungut..ganjaran pahala kepada kita..masaklah dengan penuh ikhlas dan kasih sayang barulah masakan kita meletup dan sedap:)cuma yang buntunya nak susun menu nak masak ape..heee.


Gambar hiasan je..gambar betol tak sempat amik disebabkan dok kejar masa..terlupa bis semua..hee


2 comments:

Nasrul said...

untungla~...

Aku DaN SeSuAtU said...

hee.arr balik nanti siapkan juadah berbuka la nasrul