Photobucket

Tuesday 19 July 2011

Kertas Kerja Perniagaan

Dah lama tak buat kertas kerja .Dulu masa belajar aku selalu juga buat krtas kerja program..Tapi kertas kerja program tak sama dengan kertas kerja perniagaan.Kertas kerja perniagaan amat penting bagi seseorang usahawan itu apabila hendak memulakan perniagaan atau membuat sebarang loan.Aku tengah buat kertas kerja untuk perniagaan aku juga ni.Di sini aku ada format yang boleh dikatakan lengkap juga la untuk di kongsi bersama rakan-rakan yang memerlukannya.

PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN / KERTAS KERJA


PENGENALAN 

Apa itu Rancangan Perniagaan

Rancangan perniagaan adalah merupakan dokumen bertulis yang memberikan keterangan berkenaan perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh dan terperinci.
Rancangan Perniagaan juga dikenali sebagai Kertas kerja, kertas Projek atau Prospektus.


Apakah Kepentingan Penyediaan Rancangan Perniagaan?



1. Memberi peluang kepada usahawan/penternak melihat dan menilai idea atau projek perniagaan dengan teliti, dan terperinci.

2. Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang dan dicadangkan berdaya maju atau tidak.

3. Membantu usahawan/penternak menganggarkan keperluan sumber-sumber dan mengagihkan sumber-sumber perniagaan yang ada dengan sistematik dan lebih jelas.

4. Meyakinkan pihak-pihak lain (contoh bank) bahawa projek yang hendak dijalankan berdaya maju dan sesuai untuk pelaburan atau pembiayaan.

5. Memberi maklumat kepada bakal usahawan/penternak tentang masalah yang mungkin akan timbul semasa melaksanakan projek perniagaan terbabit.

Siapa yang Memerlukan Rancangan Perniagaan?



1. Usahawan/Penternak

- Untuk membantu usahawan memahami projek sendiri dengan lebih mendalam.

- Untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan.

- Untuk tujuan pelaburan, skim khas atau pelaburan rakan kongsi.



2. Institusi Kewangan/pelabur

- Untuk menjustifikasikan permohonan bagi pembiayaan projek melalui pinjaman,

skim khas atau pelaburan rakan kongsi.



3. Pembekal

- Untuk meyakinkan pihak pembekal terhadap kemantapan perancangan

pernaigaan kearah mendapatkan bekalan barangan atau bahan secara kredit.

4. Kakitangan

- Untuk memberi pendedahan kepada kakitangan tertentu terutamanya

pengurus-pengurus terhadap matlamat dan tujuan pernaigaan serta peranan

mereka.



5. Pengeluar tender/kontrak (pelanggan)

- Untuk meyakinkan pihak-pihak yang mengeluarkan tender atau sebutharga

bahawa perniagaannya mampu mengisi keperluan kontrak kerja dengan baik

dan berterusan


Format Persembahan Dokumen Rancangan Perniagaan

1. Muka surat hadapan Rancangan Perniagaan

- Nama perniagaan/projek

- Tujuan rancangan perniagaan

- Nama syarikat, alamat dan lain-lain

- Nama orang yang menyediakan dan Tarikh siap Rancangan Perniagaan

2. Muka surat kandungan perlu menyenaraikan bahagian-bahagian utama dalam rancangan Perniagaan dan senarai lampiran serta bilangan muka surat yang berkaitan

3. Surat dan Sijil berkaitan (yang boleh menyokong projek)

Isi kandungan Sesebuah Rancangan Perniagaan
1. Pengenalan & Ringkasan Eksekutif

2. Tujuan Rancangan Perniagaan/kertas kerja

3. Latarbelakang perniagaan

4. Latarbelakang ahli kongsi

5. Kedudukan Projek

6. Objektif Projek

7. Rancangan Pentadbiran

8. Rancangan Operasi

9. Rancangan Pemasaran

10. Rancangan Kewangan

11. Penutup

12. Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan)



Kandungan Rancangan Perniagaan/Kertas Kerja
Bahagian 1 - Pengenalan

Bahagian pertama pengenalan perlu memberi gambaran umum berkaitan bidang perniagaan yang akan diceburi.

Bahagian kedua pengenalan adalah ringkasan eksekutif, perlu memberikan gambaran ringkas dan spesifik berkenaan syarikat yang ditubuhkan. Sebagai panduan, bahagian pengenalan ini perlu memberikan maklumat-maklumat berikut:-

i. Nama Syarikat

ii. Jenis perniagaan yang diceburi

iii. Nama dan lokasi/alamat perniagaan

iv. Status dan saiz projek

v. Produk

vi. Peluang, pentadbiran, pemasaran dan perancangan

vii. Anggaran kos projek.


Bahagian 2 - Tujuan Rancangan Perniagaan/Kertas Kerja

Bahagian ini perlu menyatakan dengan spesifik tujuan Rancangan Perniagaan disediakan, contohnya;

i. Memohon pembiayaan kewangan dari pihak institusi kewangan atau yang berkaitan.


ii. Merancang perlaksanaan projek.

iii. Dijadikan garis panduan menguruskan perniagaan

iv. Memohon menyewa tanah swasta atau kerajaan.

v. Lain-lain.

Bahagian 3 - Latarbelakang Perniagaan

Bahagian ini membentangkan maklumat-maklumat asas berkenaan perniagaan yang dicadangkan seperti:

i. Alamat

Alamat perniagaan mungkin berbeza daripada alamat surat menyurat. Jika ianya bebeza nyatakan kedua-dua alamat ini. Jika tidak berbeza nyatakan satu alamat sahaja.

ii. Bentuk perniagaan

Boleh membuat pilihan diantara Perniagaan Perkongsian atau Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.). Bentuk perniagaan Perseorangan boleh juga digunakan.

iii. Tarikh dan Nombor Pendaftaran.

Ini hanya sesuai untuk perniagaan yang sedang dijalankan. Perniagaan yang sedang dirancangkan mungkin belum ada butir-butir ini atau masih dalam proses pendaftaran.

iv. Modal Permulaan

Ini merupakan jumlah modal sendiri yang dibawa masuk ke dalam perniagaan berkenaan. Untuk perniagaan Sendirian Berhad (Sdn.Bhd.), perlu menyatakan modal dibenarkan dan modal dibayar perniagaan.

v. Bank

Nyatakan Bank pilihan dimana akaun perniagaan akan dibuka. Kebiasaanya bank berkenaan berkaitan dengan permohonan pembiayaan pinjaman.

Bahagian 4 – Latar Belakang Rakan Kongsi / Pemegang saham




i. Nama penuh

ii. No. kad pengenalan

iii. Tarikh lahir

iv. Umur

v. Alamat Tetap

vi. No telefon

vii. Taraf perkahwinan

viii. Kelulusan akedemik

ix. Kursus yang pernah dihadiri

x. Kemahiran

xi. Pengalaman

xii. Pekerjaan sekarang

xiii. Perniagaan yang pernah diceburi.


Bahagian 5 – Kedudukan Projek

Lakaran/plan menunjukkan kedudukan atau tapak sebenar projek.

Bahagian 6 – Objektif Projek

Membincangkan objektif projek secara terperinci. Boleh dibahagikan kepada objektif jangka pendek dan objektif jangka panjang perniagaan.


Bahagian 7 - Rancangan Pentadbiran
a. Pentadbiran
b. Carta Organisasi
c. Senarai jawatan dan bilangan Pekerja
d. Spesifikasi Tugas
e. Jadual Imbuhan Balas jasa/ gaji
f. Senarai Keperluan Pejabat
g. Perbelanjaan Pentadbiran
h. Perbelanjaan aset
i. Perbelanjaan bulanan
j. Lain-lain perbelanjaan


Bahagian 8 - Rancangan Operasi


1. Carta aliran Proses

Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran produk penyediaan perkhidmatan berkenaan.

Proses ini dipersembahkan dalam carta proses kerja.

2. Unit pengeluaran / jam operasi

Nyatakan hasil operasi dalam unit produk pengeluaran mengikut kesesuaian projek. Anggaran ini berlandaskan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pemasaran.

3. Keperluan bahan

Senaraikan bahan mentah atau stok barang yang diperluakan nyatakan belian dibuat dalam bentuk kredit atau tunai dan pembekalnya.

4. Tenaga Kerja

Senaraikan keperluan tenaga kerja untuk bahagian operasi. Nyatakan status pekerja berkenaan.

5. Mesin dan peralatan

Senaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan serta harga belian selaras dengan keperluan pengeluaran atau operasi. Nyatakan sumber pembekal mesin.

6. Susun atur Ruang Operasi

Nyatakan faktor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susun atur ruang operasi sesuai dengan keperluan operasi perniagaan serta pelan grafik ruang operasi tersebut.

7. Lokasi

Nyatakan kedudukan bangunan dan nyatakan kos bangunan sama ada disewa atau beli.

8. Overhead operasi

Ini termasuk kemudahan bekalan air dan letrik, gas dan lain-lain yang perlu sebagai penggerak proses operasi.


9. Perbelanjaan Operasi

Rumuskan segala perbelanjaan yang dianggarkan dalam bahagian ini mengikut kategori perbelanjaan harta, perbelanjaan bulanan dan lain-lain perbelanjaan.


Bahagian 9 - Rancangan Pemasaran

1. Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan

Nyatakan dengan jelas bentuk barangan/perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Kaitkan penawaran ini dengan keperluan atau kehendak pengguna yang ingin diberikan kepuasan

2. Sasaran Pasaran

Nyatakan profail pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih. Kenalpasti kewujudan kumpulan pelanggan yang berbeza atau segmen-segmen pasaran dikawasan berkenaan.


3. Saiz Pasaran

Langkah ini adalah untuk meramal jualan perniagaan. Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit jualan atau RM atau kedua-duanya sekali.

4. Pesaing-pesaing utama

Kenalpasti dan pilih pesaiang-pesaing utama. Lebih baik jika pesaing dikenalpasti mengikut nama perniagaan mereka.

5. Kekuatan dan kelemahan pesaing

Untuk semua pesaing nyatakan kekuatan dan kelemahan masing-masing.

6. Syer pasaran

Dari maklumat-maklumat yang didapati nyatakan pembahgian pasaran atau syer pasaran untuk perniagaan yang dicadangkan.

7. Ramalan Jualan

Sediakan pelunuran jualan bulanan untuk tahun pertama perniagan. Nyatakan anggaran /ramalan jualan tahunan untuk tahun-tahun berikutnya.

8. Strategi Pemasaran

i. Strategi Barangan

Reka bentuk barangan atau penjelasan pekej

Corak pembungkusan dan jenama berkaitan.

ii. Strategi Promosi

Bentuk Promosi yang dicadangkan

iii. Strategi harga

Harga seunit yang dicadangkan.

iv. Strategi edaran

Corak pengedaran yang dicadangkan.

Kenderaan atau kakitangan pemasaran.


Bahagian 10 - Rancangan Kewangan

Rancangan Kewangan merangkumi bahagian berikut:


1. Kos pelaksanaan Projek dan sumber pembiayaan projek


2. Penyata-penyata kewangan:

i. Aliran wang tunai

ii. Penyata pendapatan

iii. Kunci kira-kira

iv. Jadual pembayaran hutang jangka panjang.

v. Kos pelaksanaan Projek

vi. Pelaburan aset tetap:

Termasuk semua aset yang dibeli dengan tunai atau kredit. Nyatakan harga aset-aset ini. Termasuk juga kos ubah suai.

vii. Modal Pusingan:

Merangkumi perbelanjaan pentadbiran, pemasaran dan operasi

viii. Lain-lain perbelanjaan:

Seperti deposit sewaan dan utiliti serta belanja permulaan ( bayaran pendaftaran perniagaan, lesen dn sebagainya)



3. Sumber Pembiayaan Projek (SPP)

i. Modal sendiri yang merangkumi modal rakan kongsi dalam bentuk tunai atau aset. Nyatakan nilai aset jika sumbangan adalah aset.

ii. Pinjaman bank merangkumi sebarang pinjaman berpenggal.

iii. Sewa beli merangkumi pembiayaan aset tetap perniagaan. (mesin operasi peralatan dan kenderaan)



4. Prestasi penyata Aliran Wang Tunai

Penyata Alir wang Tunai perlu disediakan untuk 12 bulan bagi tahun pertama perniagaan. Untuk tahun seterusnya nyatakan secara tahunan sahaja.



5. Prestasi Penyata Pendapatan

Prestasi penyata pendapatan untuk tahunan selaras dengan penyata aliran wang tunai.

6. Prestasi Kunci kira-kira

Penyata ini juga selaras dengan prestasi penyata pendapatan.


7. Analisis Daya Maju Kewangan

Dari jadual Aliran Tunai Analisis daya maju kewangan diolah.

Diantara petunjuk-petunjuk daya maju kewangan yang kerap digunakan ialah:



i. Nilai kini bersih

ii. Kadar Pulangan dalaman

iii. Nisbah faedah kos

iv. Tempoh pulang modal


Nilai kini bersih

Nilai kini bersih ialah aliran tunai yang didiskaunkan dengan satu kadar faedah untuk setiap tahun dan jumlah nilai kini tersebut dicampurkan untuk menentukan nilai kini bersih. Jika nilai kini bersih adalah bersamaan dengan sifar atau positif maka sesuatu projek itu adalah berdaya maju.


Kadar Pulangan Dalaman

Kadar pulangan dalaman adalah kadar diskaun (%) yang tertinggi yang membawa Nilai Kini Bersih bersamaan dengan sifar (0). Ini merupakan kadar tertinggi yang sanggup dibayar oleh pelabur.


Nisbah Faedah Kos

Ia merupakan petunjuk keuntungan sesuatu projek. NFK adalah dikira dengan membahagikan nilai kini jumlah pendapatan dengan nilai kini jumlah kos.


Tempoh Pulang Modal

Merupakan tempoh bayar balik modal yang dibiayai pada tahun permulaan projek.



Untuk menentukan daya maju projek ia bergantung dengan industri tersebut. Jika secara relatifnya tempoh adalah cepat maka pelabur mendapat semula wang pembiayaan dengan lebih cepat .


Bahagian 11 – Penutup / Kesimpulan


Kesimpulan keseluruhan terhadap perniagaan yang ingin anda jalankan.

Harus menunjukkan keyakinan kita terhadap projek yang hendak dijalankan.




Bahagian 12 - Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan)



Contohnya:-

1. Surat sebutharga

2. Sijil kursus

3. Surat sokongan pihak tertentu

4. Surat dapat tender

5. Sijil pendaftaran syarikat

6. Salinan permit/lesen

7. Surat-surat kepujian

8. Bukti modal sendiri

9. Salinan surat Cagaran

10. Salinan geran tanah (sekiranya berkaitan)



ok..Semoga kita menjadi usahawan yang berjaya.amin..chayok2 usahawan..9/10 daripada sumber rezeki kita adalah datangnya dari perniagaan..yang ke 10 tu baru kerja makan gaji.:)




4 comments:

Niena Muhammad said...

:)

penyediaan rancangan tu perlu, xkira apa pun.. :)

Aku DaN SeSuAtU said...

btol2..ikut pada rancangan apa yg kita nak..cara nyer je mungkin berbeza

Anonymous said...

As salam...mintak izin copy... tq

Aku DaN SeSuAtU said...

Wassalam..silakan..thanks singgah blog teman