Friday, 1 July 2011

CONTEST SAMBUNG CERITA EFFA CURIO

click SINI UNTUK JOIN


Suatu hari , Saya dan Effa Curio pergi bercuti di Sabah ,negeri di bawah bayu..Kami berdua biasa la kawan sebantal setilam masa kecik-kecik dulu laa..sekarang nie masing-masing bawa haluan masing-masing.Tapi baru-baru ni kami dapat cuti sama-sama dan untuk borak-borak lebih lama seperti zaman kanak-kanak dulu kami pun ambil persetujuan pergi bercuti..dan kami memilih destinasi Kota Kinabalu sebagai destinasi percutian kami.Kami bercuti selama 3 hari..cukup lah tu..

Destinasi pertama kami pergi adalah Gunung Kinabalu..ohh dah lama aku tak pergi Gunung Kinabalu.Gunung tertinggi di Malaysia..Ini kira kali kedua aku menjelajah Gunung Kinabalu.Kami berdua ikut serta Kelab Reakreasi Kinabalu ketika itu.Seronoknya hanya Tuhan saja yang tahu.Kebetulan,Aku dan Effa Curio memang berkongsi hobi yang sama iaitu suka melancong dan mendaki.Sejak kecil memang jiwa kami sama.Boleh dikatakan macam adik beradik dah.

Setelah letih mendaki,kami singgah di Laban Rata,di sini terdapat satu Restoren.Kami berhenti untuk makan dan minum dan rehat-rehat.Tetiba masa aku tengah makan,aku terasa ada yang tak kena dengan sahabat aku sorang ni,si Effa.Aku bertanya pada dia."ko ni kenapa Effa,tetiba je macam terpandang Putera Kayangan.Ala..sibuk je ko,ko tu makan la.kan tadi ko lapar.ko, Effa baik ko cakap dengan aku,ko nampak apa.Ko nak tahu ke.aarr mesti la..Ko ingat tak Ila..aku pernah cerita pada ko dulu.Aku selalu termimpikan seorang jejaka yang agak kacak juga la.Dia datang dalam mimpi aku berseri-seri wajahnya.Bila aku buat istiqarah pun dia tetap menjelma dalam mimpi aku.haaa kenapa?Mesti la aku ingat.Ko cuba pandang jejaka yang bertentangan dengan kita tu..Dia lah yang selalu dalam mimpi aku.Ko betul-betul la Effa..Ehh tak kan aku nak tipu ko kan Ila..Betul la.Aku pun curi tengok juga la jejaka yang dimaksudkan oleh Effa.Jejaka yang berpakaian sut sukan dan dibelakang baju nya ada tertera tulisan Jabatan Reakreasi Kinabalu.Mak oii Effa,agak-agak ko dia kerja di jabatan itu ke..Muka macam ala-ala pegawai..hahaa..Aku tergelak kuat sampai jejaka itu terdengar gelakan aku.Si Effa pula tersipu-sipu malu..belahhh la ko Effa,malu pula.Kami berdua buat-buat tak tahu,macam tiada apa yang terjadi.Tak lama kemudian jejaka itu pun bangun meninggalkan Restoran itu bersama beberapa orang rakannya.


Setelah misi pendakian kami berakhir,keesokkan harinya kami pergi melawat sekitar Kota Kinabalu,kami tak terlepas singgah di Pasar Filipina,orang kata Pasar Filipina ni satu medan shopping bagi orang yang kaki shopping.Beli ole-ole untuk orang di Semenanjung.Penat juga shopping kan Effa..tengok ko seguni kalau boleh shopping.Jom malam ni kita pergi One Borneo Shopping Mall,salah sebuah pusat shopping yang terbesar di Kota Kinabalu.Di sini kami tak terlepas berkunjung ke Bowling Centre.Effa selalu kena belasah dengan aku kalau main bowling.Tapi kali ini mimpi apa tah Si Effa ni,strike pula.Punya layan seronoknya dia strike,tetiba gedebuk,Si Effa jatuh,licin agaknya lantai centre ni.Terkejut aku dia jatuh tepi seorang jejaka yang turut bermain bowling selang sebuah dari tempat kami.Yang aku paling nak ketawa terbahak-bahak si Jejaka itu siap angkat Effa.aduh episod apa ini.Effa bagaikan nangka busuk yang jatuh..hehee.Effa tetiba tergamam dan terkejut seketika kerana jejaka yang angkatnya adalah orang yang sama dalam mimpinya dan orang yang sama kami jumpa di restoren atas Gunung semalam.Ehh kalau tak salah saya semalam saya ada terperasan kamu berdua di restoren,kata jejaka itu.Dalam hati aku berkata,rupa-rupanya dia pun perasaan kami.Malu juga aku sebab aku yang ketawa paling kuat.

Aku meninggalkan Si Effa berbual-bual dengan jejaka itu.Malas la aku nak kacau daun.Aku meneruskan balingan ku.Kami pulang ke Hotel tempat kami menginap pada pukul 12.30 malam.agak lewat juga itu.sekali sekala.Sepanjang dalam perjalanan pulang ke Hotel aku lihat Si Effa ni asyik tersenyum macam kerang busuk.Ish ko ni Effa macam kena sampuk dengan Putera Kayangan je.Ko nak tahu Ila,aku terkejut dengan kejadian dua hari bertemu dengan jejaka itu.Namanya  Firdaus.Kami siap tukar nombor telefon la ila.Kami sembang agak lama juga la semalam,ko sibuk dengan balingan n strike ko tu.Giliran aku pun ko tolong mainkan.Ye la dah ko tu sibuk dengan jejaka idaman ko tu.Effa malu-malu kucing pula.Ko tahu kan itu jejaka yang dalam mimpi aku.Mesti la aku bersemangat dan nak tahu tentang dirinya.Mungkin jodoh ko Effa.Berjumpa dan jumpa lagi.

Keesokkan harinya  kami bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu,Ehh Effa itu Si Firdaus ,ko berjanji dengan dia ekk.Pandai yek..Ada bau-bau cintan dah ni.Ala Ila dia yang tanya aku bila nak pulang,aku bagi tahu la.Effa memang berseri-seri muka dia sejak bertemu dengan Firdaus.Aku pun turut berbual-bual dengan Firdaus.Dari air muka Firdaus ni nampak orangnya macam baik la.Gaya bahasa dan tingkah lakunya.Kacak tu tak dinafikan la.orang kata sejuk mata memandang.Semasa di atas flight aku lihat Effa macam bersedih je..diam.ait Effa ko ni kenapa pula,rindu si Dia ke.Ko Ila jangan nak mengarut yek.ala aku faham sangat dengan ko Effa.Nak sembunyi pada aku pula.Cakap je dah jatuh cinta pandang pertama.Kami turun di Lapangan Terbang KLIA,sebab aku parking kereta di sana.Sepanjang perjalanan kami sibuk berbual tentang kenangan sepanjang di Kota Kinabalu,tak ketinggalan kisah Jejaka dalam mimpi Effa.Aku singgah Ipoh menghantar Effa pulang ke rumahnya sebelum aku bertolak pulang ke Pulau Pinang.Dulu Effa tinggal di Pulau Pinang ,kira teman sekelas dan sepermainan.Lepas tamat belajar tingkatan 5,Effa berpindah ke Ipoh.Sejak itu la kami jarang berjumpa tapi dekat di hati,kan Effa.

Seminggu selepas itu,aku menelefon Effa,Effa ko macam mana,Aku belum bertanya lagi Effa dah sibuk-sibuk bercerita tentang Firdaus kesayangan dia tu.Ohh sekarang dah ada bunga-bunga cinta ekk..tahniah la ko Effa.Aku turut bahagia dengan ko Effa.Jauh tu nasib ko la Effa.aku menyakat dia.Ala Ila,tak jauh mana la,Dia kerja je di sana tapi kampung halamannya di Kedah ko.Nak pergi Kedah boleh aku turun Penang dulu jumpa ko Ila.Ehhh berangan dah ko Effa.Ok lah Effa aku doakan kau bahagia dan jaga hubungan korang berdua agar sampai ke jinjang pelamin tau,ok sampaikan salam aku pada mak dan ayah ko dan juga kepada jejaka idaman hati ko tu.bye Effa ,Assalamualaikum.Aku menamatkan talian telefon.Effa..Effa..sudah jodoh ko.Aku tumpang gembira.Maka bermulalah Episod Cinta Effa Curio, sahabatku. .......tamat.

Amacam cerita pendek Aku..hee..tak da kena mengena dengan sesiapa pun,just rekaan semata-mata.Semoga anda semua terhibur.Terima kasih.Minta Maaf jika ada terkasar bahasa dan tersalah tatabahasa..dah lama meninggalkan bangku sekolah,bahasa pun rojak dah nie.

Dari Ila Omar

TAG: AYU DAN MEMBER-MEMBER LAIN YANG NAK JOIN CLICK HERE

3 comments:

Effa CuRio said...

Ahahaha.. best la!!~..
Thanks join..

Good Luck.. =)

Aku DaN SeSuAtU said...

hehe..bagi effa tersenyum sorang2 sat..senyum tak tadi....mimpi2 dulu

Effa CuRio said...

senyum sampai ke telinga dah.. ahahaha.. =)