Semalam aku ke tesco..saje tengok-tengok ape yang menarik dan jalan-jalan bawa anak sedara aku sorang tu..cuti sekolah balik kampung...hahaaa sedikit teruja dengan bola gym..hrga pun murah je..aku amik la satu..balik umah cari pam ..xda pulak..ish2..jenuh kerah adik aku p pinjam..alih-alih kawan dia tak de pulak..nasib la anak sedara aku,si along datang..dia yang tiupkan..hahaaa..apa lagi..anak-anak sedara yang hyperaktif,si Irfan tu terkam bola tu tak ingat..aku rase macam dah nak arwah bola tu..nasib la getah nyer kuat..ada bola ni bleh juga exercise..gemuks sudah nie..
Bola Gym nie baik untuk menguatkan otot badan dan lantai pelvis dan masalah sakit belakang..kena tau cara juga nak exercise guna bola nie
Bangkit tubi dengan bola senaman (Exercise ball crunch)
Konsepnya sama seperti bangkit tubi biasa tetapi senaman ini menggunakan bola senaman berbanding berbaring di atas lantai. Senaman ini turut difokuskan pada otot rectus abdominis. Apa yang menyebabkan senaman ini lebih efektif adalah kerana kaki sering terlibat dalam melakukan bangkit tubi biasa berbanding menggunakan bola senaman, senaman ini hanya melibatkan perut sahaja.
Letakkan belakang anda dan bukannya punggung di atas bola senaman. Pastikan tangan anda diletakkan di belakang telinga ataupun bersilang di dada. Baringkan diri anda seboleh mungkin di atas medicine ball dan gunakan perut anda untuk membangunkan badan. Kemudian ulang 16-18 kali setiap set. Lakukan sebanyak 2 hingga 3 set.
Kelebihan mengamalkan senaman bola dan cara-caranya
Membuang lemak paha.
Baring di atas bola, badan tegakkan ke hadapan lalu angkat satu kaki di atas bola - langkah ini untuk merenggangkan otot kaki.
Membuang lemak di perut
Tolak badan ke hadapan, angkat dada, luruskan kaki dan angkat tangan ke paras telinga
Menguatkan otot di kaki
Baring di lantai, letakkan bola di celah kaki dan angkat manakala tangan lurus di sisi
Tekan Tubi - baik untuk mengempiskan perut
Letakkan bola di atas lantai. Letakkan kaki di atas bola, letakkan tangan di kepala dan angkat kepala dan bahu ke paras dada - membakar lemak di bahagian bawah perut - cruches abdormal
Regangan - Otot belakang badan sesuai untuk mengatasi masalah sakit belakang
Masih dalam kedudukan sama, kaki luruskan dan letakkan di atas bola. Tangan letak di sisi dan angkat dada dan badan lurus
Regangan sisi
Menguatkan otot paha, kaki, pinggang dan sisi badan
Ulangi langkah sama tetapi kali ini angkat sebelah kaki dan bengkokkan. Tangan kanan angkat buat bentuk L manakala tangan kiri masih memegang bola
FAKTA: Bola senaman
Diperoleh dalam empat saiz utama: 85 sentimeter (sm), 95 sm, 105 sm dan 120 sm. Diameternya 35 hingga 85 sentimeter
Asalnya digunakan sebagai peralatan untuk terapi anggota bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah lemah anggota
Dikenali sebagai Swiss ball sempena negara pengeluarannya atau bola keseimbangan, bola kecergasan, bola badan, bola pilates, bola sukan, bola kestabilan, bola terapi, bola yoga, birth ball, gym ball, physioball atau swedish ball
Diperbuat daripada PVC lembut dan elastik dengan diameter 35 hingga 85 sentimeter
ni video untuk kaum lelaki pula:)
No comments:
Post a Comment