Photobucket

Tuesday 28 June 2011

:: SEGMEN : LETS LEARN FROM THE BEST ::

.بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم-


Selepas SEGMEN Aku Seorang Blogger aku terpanggil pula untuk mengikuti satu segmen yang amat unik dan lain dari yang lain.yang tak pernah lagi aku ikuti iaitu SEGMEN : LETS LEARN FROM THE BEST..oleh seorang Muslimah yang bernama Cik NurusSalwa sedap nama nyer..Sesedap nama blognya THE GARDEN OF LOVE yang mendambakan rahmat dari Allah S..W.T macam aku juga...Aku juga mendambakan rahmat dan restu dari Nya dalam setiap perjalanan kehidupanku di mana kita tak dapat lari dari kesilapan..

Click SINI UNTUK JOIN

Apa yang aku nak sampaikan di sini mengenai akhlak dalam PERSAHABATAN..oleh kerana aku amat menitikberatkan soal persahabatan dan aku terpanggil di sini untuk berkongsi serba sedikit tentang akhlak dalam persahabatan.Sebelum itu maafkan aku kerana membahasakan diri ku sebagai Aku..dan perkongsian ini juga untuk sahabat-sahabatku yang amat aku sayangi..Kamu lah sahabat dunia dan akhirat.

Antara aspek kehidupan yang ditekankan oleh Islam adalah persaudaraan ataupun persahabatan. Anas Ibn Malik pernah meriwayatkan hadis yang bermaksud :

"Dan tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"

Hadis ini ringkas dan cukup mudah untuk difahami dimana Islam sangat menekankan ikatan persaudaraan sesama Muslim.

Kita sangat digalakkan untuk menyambung silaturrahim yang terputus dan juga ditegah untuk tidak bertegur sapa sesama kita lebih daripada 3 hari.Oleh itu janganlah kita bermasam muka lebih 3 hari dan sentiasalah kita bermaaf-maafan ,jangan tunggu nak raya je baru nak bermaafan..hee..

Kekuatan Islam pada hari ini terletak pada kekuatan silaturrahim sesama kita.

Jika sesama muslim pun kita sering berpecah belah dan bertegang leher, maka sukarlah untuk kita menewaskan musuh utama kita yang sudah dijelaskan di dalam Al-Quran iaitu yahudi laknatullah yang sangat bersatu-padu untuk menghancurkan umat Islam.

Masalah yang timbul adalah kita kurang didedahkan tentang cara bersilaturrahim dengan baik dan efektif.

Bagaimana adab-adab bergaul dengan kawan dan apakah langkah-langkah yang perlu dititikberatkan untuk mewujudkan suasana pergaulan yang harmoni sesama kita.

Walaupun ia nampak seperti sesuatu yang remeh, namun itulah asas untuk mewujudkan umat Islam yang kuat dan disegani sepertimana umat Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW dan zaman para sahabat yang berjaya menguasai satu per tiga dunia.

Allah telah mengutuskan seorang manusia bernama Muhammad bin Abdullah sebagai Rasul-Nya di atas muka bumi ini 1400 tahun yang lampau. Allah telah lengkapkan Rasul itu dengan sifat yang sempurna lahir dan batin. Allah telah memelihara peribadinya daripada sebarang kesalahan dan cacat-cela, agar dia menjadi contoh yang agung kepada manusia lain.

Dengan segala pemeliharaan itu maka jadilah Rasulullah manusia yang paling tinggi akhlaknya. Sama ada akhlak dengan Allah mahupun akhlak sesama manusia.

Dalam ayat yang lain Allah telah berfirman: “Maka dengan rahmat Allah-lah kamu dapat berlaku lemah-lembut dan kasih sayang pada mereka. “(Ali Imran: 159 )
Dalam persahabatan juga kita perlukan cara yang berhemah..tak hairanlah kadang-kadang kita tengok ramainya kawan dia kan..Kita lihat bagaimana peribadi orang yang ramai kawan,tentu mereka bercakap dengan lemah lembut yakni tidak kasar..sopan dan penuh kasih sayang bak kata orang,orang sangat senang berkawan dengannya.

Kita perlulah mencari sahabat yang boleh buat kita menjadi khalifah Allah yang baik dan cari lah sahabat yang boleh menangis dan tersenyum bersama.Dan jika sahabat kita tersasar dari landasanNya..cuba lah kita bawa nya kembali ke jalan yang benar..dan jangan kita sesekali meminggirkannya.

Satu kisah persahabatan yang sangat ikhlas seperti persahabatan Saidina Abu Bakar dan Rasulullah..
Bercerita tentang mahabbah fillah,aku teringat kisah para sahabat Rasulullah s.a.w,mereka sanggup berkorban apa sahaja demi untuk tegakkan kalimah ALLAH dan juga kerana mahabbah fillah antara mereka dan Rasulullah s.a.w.Kisah yang menyentuh perasaan ku ialah bagaimana kasihnya Saidina Abu Bakar As-siddiq RA terhadap Rasul s.a.w sehingga sanggup dipatuk ular kerana hendak melindungi Rasul s.a.w.
Rasul s.a.w dan Saidina Abu Bakar ketika itu berada di gua menyembunyikan diri dari kafir Quraisy yang ingin membunuh baginda.Ketika di dalam gua,baginda berbaring di atas riba Saidina Abu Bakar dan berdekatan tempat baginda berbaring ada lubang ular.Saidina Abu BAkar menutup lubang tersebut dengan tangannya dan perkara ini tidak disedari oleh Rasul s.a.w sehinggalah air mata Abu Bakar As-siddiq terkena wajah Rasullullah s.a.w

Saidina Abu Bakar mengeluarkan air mata kerana kesakitan dipatuk ular...MasyaALLAH...Inilah dia kisah pengorbanan seorang sahabat kerana mahabbah fillah yang patut diambil iktibar...Adakah kita sanggup atau mampu melakukan pengorbanan sedemikian rupa?


3 comments:

Puan Nurussalwa said...

As'salam..
Alhamdulillah..
terima kasih atas perkongsian ni..
=)
ukhwah itu sangat indah bila segala2nya demi Allah SWT..
=)


http://pendambarahmat.blogspot.com/2011/06/batch-no3-segmen-lets-learn-from-best.html

Aku DaN SeSuAtU said...

salam ukhuwah nurussalwa..nice to meet u

Cik Aqilah Wardah said...

assalamu'alaikum... ^_^

salam ukhuwwah.. ^_^