Photobucket

Saturday, 11 June 2011

Hati – Apabila diri tidak dihargai

memang perit apabila diri kita tidak dihargai. apa yang dibuat semuanya di’take for granted’. malah apabila kita bercakap sesuatu dikata kita mengungkit segala kebaikan kita dan akan dibayar semuanya kembali. mengapa ya begitu?

pernahkah kita terfikir bahawa sebenarnya itu semua juga termasuk dalam ujian dan cabaran hidup kita. memang hidup tak selalunya indah. ada masa dan ketika kita rasa seolah-olah hidup ini sulit dan untuk sabar dan redha juga amat susah.

yakinlah, apabila ada sahaja kata-kata buruk bermain di minda , ia datang dari syaitan. cepat-cepatlah beristghfar. sebutlah doa; ‘Ya Allah. denganMu aku berlindung dari bisikan syaitan, dan aku bermohon , ya Rabb, agar Kau jauhkan aku dari kedatangan mereka kepadaku”.

ingtalah bahawa apa yang ada di dunia ini hanya sementara. andai benar diri kita tidak dihargai, selidiklah diri, muhasabah lah hati. mana tahu, memang benar kita tidak ikhlas dalam berbakti, tidak redha dalam menerima. lalu banyakkan istighfar, agar ketidakpenghargaan insan di sekeliling kita sebenarnya makin menjadikan diri kita lebih berkualiti. lebih bernilai tambah. lebih istimewa.

bersihkan hati sentiasa. niat agar apa yang dilakukan adalah keranaNya, lalu walau apa penerimaan orang, hati tidak akan terguris, sementelah yang dipohon keredhaannya adalah Dia Yang Maha Kuasa.

banyakkan doa agar dibersihkan hati kita, dikurniakan kebajikan dalam diri dan hidup kita. yang penting kita menjaga diri kita agar tidak terjerumus dalam perangkap syaitan yang memang sentiasa mahu kita menjadi kufur nikmat dan derhaka seperti dirinya.

tabahkan hati, ingatlah, manusia tidak akan pernah puas hati. kita juga begitu. ada sahaja ketidakpuasan hati dalam diri kita, dah banyak yang kita buat, tapi orang tak pandang. dah banyak jasa yang kita tabur, tapi tak diendahkan orang. dah banyak pengorbanan yang kita lakukan tapi orang masih tidak berpuas hati. perasaan -perasaan bahawa orang tidak menghargai kita juga sebenarnya adalah ketidakpuasan hati kita yang kita sama ada pendam dalam hati atau kita luahkan baik melalui kata-kata atau kita tunjukkan melalui protes; bermasam muka, tidak bercakap dan sebagainya.

lalu, bertepuk tanganlah si syaitan durjana kerana berjaya memainkan perasaan kita, tipu daya mereka sangat tinggi, muslihat mereka sangat kreatif. dimainkan perasaan kita sehingga kita rasa yang kita teraniaya kerana tidak prihatinnya insan di sekeliling kita terhadap kita, walhal, apa sahaja yang kita lakukan , kita tidak perlu pujian atau penghargaan, kerana yang membalas dan pembalasan yang kita nanti bukan daripada makhluk yang lemah seperti kita, tapi kita mahu penghargaan sebenar dari ‘the almighty’.

andai kita banyak berkorban untuk keluarga, wang kita banyak keluar untuk membantu suami, tenaga kita diperah siang dan malam untuk memastikan rumah tangga terurus, ohh, sebenarnya itulah sedeqah yang amat tinggi, itulah semaian kita untuk tuaian di akhirat nanti.

pastinya benih yang kita semai, kita mahu dari benih yang terbaik, tanpa ada cacat dan celanya , kita tentunya mahu hasil tuaian dari benih itu hidup subur dan membuahkan hasil yang paling manis dan lazat untuk kita rasai . kita pastinya tidak peduli apa pun kritikan orang dalam usaha kita menyemai benih itu, tapi kritikan itu tetap kita selidiki , mana tahu benar dan dapat kita jadikan tips untuk menyuburkan lagi hasil tuaian kita.

jadikan hujan itu sebagai satu yang indah, kerana tanpa hujan pastinya semaian tak subur. jadikan taufan dan puting beliung hidup juga satu yang indah kerana dengan adanya dia kita tahu tahap perlindungan diri kita mantap atau tidak.

sama juga dengan kehidupan, ujian dan cabaran, tribulasi dan mehnah, semuanya indah. kerana dengan semua itu kita menjadi bertambah matang dan kita kenal siapa diri kita, bila kita kenal siapa diri kita , kita mudah kenal Pencipta kita.

hidup ceria , beramal , berilmu.

Sumber: Dari hawa Ke Hawa

No comments: