Friday, 17 June 2011

Crispy Curry Puff

Crispy,Spicy Curry Puff..very delicious...susah juga ye nak buat karipap nie..nampak mudah jer..makan lagi la pantas..susah la bagi aku yang baru belajar buat kuih-kuih lama nie..aku ni jenis yang bila tengok orang buat baru aku pandai buat..kalau aku just tengok resepi tentu tak menjadi tambah-tambah kuih muih nie..


Serius aku memang tak reti..nasib la mak mertuaku spoting habis laa..mekaceh mak ajar orang..cheq memang tak pandai,..masak boleh..kuih-kuih nie very susah..tapi semangat nak belajar tu yang penting..dari mak aku potong ubi sampai la ke canang karipap ni dan goreng aku tertenggek kat tepi dia..tapi aku tak la tengok saja..tangan aku sibuk juga nak menguli..nak mengemas kini karipap nie..enjoy juga buat karipap..aku memang akan tertenggek di dapur lagi aku tak dapat belajar selengkapnya..

Curry Puff my mom buat memang cun habis laa..tapi yang aku buat terpenyet sana sini but masih ada la rupa karipap tu..1st time buat lama-lama pandai la..kata mak aku..haa lepas nie tunggu giliran aku pulak buat karipap..resepi mee kari mak mertua aku,dah aku try buat kat rumah..cayalah menjadi..siap di puji pak mertua aku lagi..ayat terangkat sikit laa..hee..

Dulu arwah mak aku memang pakar buat kuih traditional nie..tapi sayang aku tak sempat nak amik ilmu..bak kata orang budak hingus lagi masa tu..yang tau belasah makan je..Kepada korang yang masih ada mak.tuntut ilmu dapur tau..penting tu..buat bekalan perencah kebahagian rumah tangga ..kira sebahagian dari kebahagian rumah tangga adalah masakan air tangan isteri..tak gitu..wahh dah banyak merepek pula aku..jom kita tengok resepi Curry Puff Ibu Mertuaku:)

Bahan-bahan 

Bahan Inti :
500 g kentang - dipotong dadu
300 gm bawang besar - dipotong dadu
400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil

Tumbuk Lumat :
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu besar (75 ml) serbuk kari
2 sudu besar minyak
2 sd teh gula / secukup rasa
1 sd teh garam / secukup rasa
350 ml air

Doh Karipap :
500 g tepung gandum - diayak
½ sd besar garam
 marjerin.
1 biji telur
250 ml air
Minyak untuk menggoreng & Secukup tepung untuk mencanai

Cara-cara
Inti :
 Panaskan minyak .Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.
Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.
Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.

Doh :
Masukkan tepung dalam mangkuk.
 Gaulkan air bersama garam . Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan marjerin / campuran sepertinya atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi.
 Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air  bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. Rehatkan 1 jam.
 Bahagikan doh 2 bahagian .Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder .
 Potong gulungan silinder . Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan 1 sd besar (kalau suka inti banyak)/ 1 sd the penuh (inti sederhana) .Tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.

Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis

Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.

* Boleh juga digunakan crisco, minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2). Kalau malas nak canai semua doh, boleh beku doh dibalut plastic dalam. Nak guna, keluarkan dan tunggu kembali asal. Karipap belum digoreng boleh disimpan lama dengan menyusunnya atas dulang terlebih dahulu dan letak dalam fridge hingga beku. (1-2 jam). Kemudian ambil setiap satu dan balut plastic agar tak melekat, baru boleh simpan dalam bekas plastic dan letak dalam fridge semula.

Selamat Mencuba...nyummm..nyumm..rangupnyer

5 comments:

wanie amerie said...

ila aku pn x reti bt karipap pusing ni..nati ble try resepi mak mentua hg ni,nmpk cam sedap..

Siti Arfah said...

Em sdpnye karipap pusing neh. Dh lme xmkn .^^

Aku DaN SeSuAtU said...

jom kita buat..mmg sedap kalau buat sndri

Aku DaN SeSuAtU said...

sub cer try buat tgk..nti pos kt aku

Siti Arfah said...

InsyaAllah tngin mncuba jika ada klapangan . :)